» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Yamahalube - sesuai semua jentera Yamaha






PEMILIK motosikal Yamaha kini tidak perlu bimbang mengenai pelinciran terbaik untuk motosikal mereka apabila Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan minyak pelincir empat lejang (4T) Yamalube yang dicipta khas untuk model popular dari Jepun itu.

Yamalube gred SAE 20W-50 bukan saja sesuai untuk semua jentera Yamaha, malah diiktiraf menepati piawaian pengeluar termasuk mengambil kira faktor tunggangan, suhu, cuaca dan keadaan jalan raya di negara ini.


Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Leong King Choon, berkata Yamalube dengan gred 4T SAE 20W-50 adalah minyak pelincir yang terbukti sesuai untuk kegunaan motosikal empat lejang.

“Kehadiran minyak 4T terbaru ini dibuat selepas mengambil kira penggunaan motosikal empat lejang yang semakin meningkat di negara ini,” katanya selepas majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, C H Ng dan Pengarah HLYM, Arika Masahiko.

“Minyak pelincir Yamalube sudah diuji dan terbukti mampu mencapai tahap maksimum yang diperlukan motosikal empat lejang berprestasi tinggi di negara ini,” katanya.

Menurut Leong, pelincir terbaru itu turut memberikan kepekatan terbaik bagi sistem transmisi selain prestasi klac basah lebih positif dan lancar.

“Yamalube juga sesuai digunakan untuk skuter dan kenderaan lasak semua permukaan manakala pelincir ini sudah terjual di lebih 70 negara seluruh dunia,” katanya.

Harga jualan yang ditawarkan bagi Semenanjung Malaysia ialah RM15.80 seliter dan Sabah/Sarawak adalah RM16.80 seliter.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker