Teknologi tinggi Actyon SportOleh Mohd Razlan Sallehmrazlan@hmetro.com.my PEMINAT kenderaan pacuan empat roda kini boleh men congak untuk memiliki model SsangYong terkini, Actyon Sport yang berwajah baru dan berkuasa.
Kenderaan berkonsep ‘trak sport utiliti’ ini bukan sahaja dibekalkan dengan enjin baru lebih berkuasa, malah di lengkapi transmisi enam gear automatik pertama di negara ini. Selain bertransmisi enam kelajuan, Actyon Sport terbaru ini turut dilengkapi kawalan dwi ‘thumb-tronic’ yang mem bolehkan penukaran gear dilakukan pada stereng. Sistem yang dibangunkan Drivetrain Systems International di Albury, Australia dimanfaatkan sepenuhnya bagi me menuhi kehendak pasaran yang mahukan sebuah jentera moden dan berteknologi tinggi. Menurut Pengurus Besar CSSB, Melvinder Singh, kotak gear berkenaan adalah kawalan elektronik dan direka untuk memaksimumkan keupayaan enjinnya. Enjin diesel XDi 200 XVT 2L dengan Common Rail Direct Injection Turbo-Diesel generasi ketiga yang menghamburkan kuasa sehingga 141 kuasa kuda pada 4,000rpm manakala tork sehingga 310Nm pada 1,800 hingga 2,700rpm. Selain itu, ruang dalamannya dibaluti kulit sepenuhnya selain dilengkapi dengan rim berjejari 18 inci. Kenderaan yang dilengkapi dengan sistem 4WD separuh masa ini juga mencatatkan penggunaan bahan api yang cekap dan menjimatkan. Ini berdasarkan ujian pemanduan di dalam bandar yang menunjukkan Actyon Sport hanya memerlukan 6.2 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer. Actyon Sport ditawarkan pada harga RM89,000 bagi pakej standard dan bagi mereka yang berminat boleh berkunjung ke bilik pameran SsangYong berhampiran. |