» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Rumit jaga enjin diesel

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



KEBANYAKAN kenderaan menggunakan petrol sebagai bahan api utama manakala yang menggunakan diesel agak kurang dan terhad.

Bagi pemilik kenderaan yang menggunakan diesel, mereka mungkin menghadapi masalah mengenali gangguan dan cara pembaikan kenderaan terbabit.


Sistem diesel berbeza dengan petrol dari segi penyalaan, gangguan serta cara membaiki kerosakan kecemasan ken deraan.

Kebiasaannya, mekanik yang mahir membaiki enjin petrol, belum tentu dapat membaiki kerosakan kenderaan diesel.

Enjin diesel tidak menggunakan sistem penyalaan dengan elektrik atau karburator, sebaliknya dilengkapi dengan pam penyembur bahan api.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan diesel, pastikan bahan api digunakan itu sentiasa bersih daripada sebarang benda asing.

Jangan sesekali tersilap mengisi bahan api kerana kos membaikpulihnya agak tinggi.

Jika enjin diesel sukar dihidupkan, periksa sama ada bahan api sampai ke pam penyembur bahan api atau tidak.

Sekiranya bahan api tidak sampai ke pam penyembur, periksa tangki bahan api kenderaan menggunakan alat atau tolok pengukur.

Jika bahan api masih banyak, cuba periksa penapis pula bagi memastikan ia tidak tersumbat dan berfungsi dengan baik.

Selepas itu, gerakkan pam tangan sesudah skru pelepasan udara dilonggarkan.

Jika pam tangan dapat digerakkan dengan mudah tetapi diesel tidak keluar melalui skru pelepasan udara, besar kemungkinan pam pengisi rosak.

Oleh itu, apabila penapis bahan api tersumbat, buka penapis itu dan bersihkannya. Buka penutup bawah terlebih dulu kemudian badan dan diikuti penapis.

Bersihkan elemen penapis itu dengan mencelup dan mem bersihkannya ke dalam kerosin (minyak tanah).

Apabila ada udara dalam saluran bahan api termasuk pam pengisi, penapis, pam penyembur serta paip bahan api, enjin memang tidak dapat atau sukar dihidupkan.

Keadaan itu kerana penyaluran bahan api tidak berlaku dengan sempurna dan kurang menentu.

Enjin diesel akan berfungsi jika bahan api dan udara yang cukup masuk ke silinder.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker