» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Alat ganti tulen Mini

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



PEMILIK kenderaan Mini kini boleh mendapatkan alat ganti tulen bagi kenderaan mereka apabila Sapura Auto Sdn Bhd dan BMW Malaysia Sdn Bhd melancarkan Pusat 4S di ibu kota, baru-baru ini.

Pusat sehenti yang menempatkan aktiviti jualan, servis, sistem dan juga alat ganti kereta tulen Mini terletak di bangunan empat tingkat milik Sapura Auto dan satu setengah tingkat daripadanya dikhaskan untuk kenderaan terbabit.


Pengarah Urusan BMW Malaysia Sdn Bhd, Geoff Briscoe, berkata Pusat Mini 4S ini dijangka dapat mengukuhkan lagi jenama kenderaan kompak itu di negara ini.

“Pusat itu menyediakan sudut acara khas, gaya hidup dan juga pameran aksesori Mini dengan ruang pameran bagi enam kenderaan untuk tatapan orang ramai yang berminat dengan jenama Mini.

“Walaupun kini semua pengusaha automotif berdepan kesan penstrukturan semula subsidi minyak termasuk kadar faedah sewa beli tinggi, saya yakin prestasi jualan akan kekal positif pada tahun hadapan,” katanya.

Menurut Geoff, syarikatnya beroperasi dalam segmen pasaran yang berlainan dan menjangka mencatatkan pertumbuhan yang baik untuk tahun ini dan tahun depan.

“BMW dan Mini mempunyai segmen premium tersendiri dan ia berbeza daripada pengeluar lain kerana pasaran premium ini berkembang selaras dengan pasaran lain di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Auto Sdn Bhd, Mohar Ibrahim, berkata pihaknya yakin pusat berkenaan mampu membantu pemilik Mini mendapat khidmat penyelenggaraan secara profesional di samping kemudahan alat ganti tulen.

“Sehingga kini, lebih 883 unit kenderaan Mini berada di jalan raya dan yakin bilangan ini melepasi sasaran 1,000 unit menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker