» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Bateri bebas selenggara

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



BAGI pemandu yang kurang pengetahuan mengenai penjagaan bateri kereta, pengeluar bateri automotif tempatan, GP Marketing Sdn Bhd melancarkan bateri bebas penyelenggaraan, GP-PowerPlus yang lebih tahan lama selain menjimatkan kos penyelenggaraan bateri pemilik kenderaan.

Rangkaian baru produk yang direka bentuk menggunakan teknologi terkini itu bagi menyesuaikannya dengan iklim tropika seperti di negara ini selain membantu memanjangkan jangka hayat bateri.


GP-PwerPlus dicipta menggunakan teknologi Calcium-Calcium dengan rekaan kekisi berangka penuh yang menggabungkan gas dikeluarkan semasa pusingan mengecaj dan mengnyah caj.

Model terbaru itu menyediakan ketahanan lebih lama terhadap pengembangan dan hakisan kekisi serta kehilangan air yang terjadi disebabkan proses pengeluaran gas.

Selain itu, bateri generasi terbaru ini juga direka dengan plat yang lebih tebal bagi meningkatkan jangka hayatnya.

Malah, penggunaan pemisah lapisan kaca polyethylene (PE) berbanding pemisah PE konvensional memberi perkembangan positif apabila berjaya meningkatkan jangka hayat bateri GP-PowerPlus.

Pemisah PE lapisan kaca ini memiliki ketahanan kebocoran lebuh tinggi, terutama dalam keadaan jalan yang bergetar, malah ia mampu menghalang plat daripada tertanggal.

Teknologi terbaru itu mampu menghalang litar pintas serta mengurangkan pergerakan dan pergeseran di antara plat, sekali gus mengekalkannya dalam keadaan yang baik untuk tempoh lebih panjang.

Penggunaan bateri GP PowerPlus membuatkan pemilik kenderaan tidak perlu bimbang mengharungi perjalanan jauh tanpa perlu risau mengenai kerosakan bateri akibat penggunaan dalam tempoh masa terlalu lama.

Bateri terbaru itu boleh didapati dalam pelbagai saiz bagi disesuaikan dengan kenderaan buatan tempatan, Jepun dan Korea manakala bagi kenderaan buatan Eropah, mereka boleh memilih rangkaian produk bateri GP lain yang ekonomi.

Antara harga yang ditawarkan adalah RM200 bagi saiz NS40ZL, NS60 (RM230) dan RM310 untuk bateri bebas penyelenggaraan bersaiz NS70.

Sementara itu, syarikat pengeluar bateri terbabit turut melancarkan peraduan sempena sambutan ulang tahun ke-40 bagi meraikan kesetiaan pelanggannya.

Menurut Pengurus Besar GP Marketing Sdn Bhd, C G Er, pihaknya akan melakukan tiga cabutan bertuah yang masing-masing berakhir pada 30 September, 30 November dan 31 Januari tahun depan.

Hadir sama, Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Leong Foo Wah.

“Hadiah yang ditawarkan bagi ketiga-tiga cabutan itu sangat lumayan iaitu wang tunai melebihi RM100,000 dan orang ramai diharap tidak melepaskan peluang ini.

“Hari cabutan ketiga-tiga cabutan ini diadakan sempena perayaan Hari Raya Puasa, Krismas dan Tahun Baru Cina,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker