» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Al-Amirul kejar juara

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



JAGUH motosikal lasak negara, Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh memenangi saingan Pusingan Kelima Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM 2008 di Litar Motocross Sepang, baru-baru ini, yang secara tidak langsung membuka peluang memenangi kejuaraan keseluruhan kategori Expert.

Kemenangan pertama itu membolehkan Mohd Al-Amirul meneruskan baki dua pusingan yang perlu dimenanginya bagi merealisasikan impian bergelar juara keseluruhan.


“Saya gembira misi saya untuk menang terlaksana kali ini. Ia adalah kemenangan yang amat berharga dan satu kemenangan yang amat sukar.

“Walaupun menang, saingan kejuaraan keseluruhan masih berpihak kepada penunggang Kawasaki, Larry Stuart Blair.

“Saya tiada pilihan kecuali berusaha memenangi baki dua pusingan terakhir musim ini,” katanya.

Kejayaan memenangi pusingan kelima itu membolehkannya mengutip 69 mata dan pungutan keseluruhan 323 mata untuk menduduki tempat kedua keseluruhan dalam saingan kelas Expert.

Pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing itu semakin menghampiri tangga teratas senarai dikuasai Blair yang kini mengumpul 345 mata.

Pelumba Perancis, Pierre Yves Catry, yang juga juara 2006 dan 2007 berada di tempat ketiga dengan 285 mata manakala adik Mohd Al-Amirul, Mohd Habibullah menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 283 mata.

Seperti pelumba lain, Mohd Al-Amirul turut mengadu mengenai keadaan debu dan habuk yang teruk ketika perlumbaan disebabkan cuaca panas dan litar yang kering.

Namun, penunggang berusia 24 tahun itu bijak menggunakan keadaan itu sebagai strategi perlumbaan untuk menghasilkan kemenangan sulung musim ini.

“Semua orang menggunakan strategi sama di mana dalam keadaan berdebu, ia cukup sukar untuk memintas dan kelebihan adalah pada mereka yang mendahului perlumbaan.

“Saya nekad dan memecut habis-habisan sebaik memasuki selekoh pertama sehingga akhir perlumbaan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu turut dibantu krew pasukannya melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk menyiapkan motosikal dalam keadaan terbaik.

“Prestasi motosikal saya memang baik dan berharap ia terus melaksanakan tugas dengan baik baik dalam baki dua pusingan nanti,” katanya yang menunggang jentera dua lejang Honda CRF250cc.

Saingan Pusingan keenam akan diadakan di Litar Motocross Sepang pada 12 Oktober depan manakala pusingan akhir akan diadakan pada 16 November di gelanggang sama.

Sementara itu, pendahulu senarai, Larry mengakui terganggu dengan keadaan trek yang berdebu teruk selain mendakwa persembahan pada perlumbaan terbabit agak hambar.

“Saya tidak dapat membuat persiapan rapi kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tunggangan saya kali ini nyata tidak begitu baik.

“Tetapi, peluang muncul juara masih terbuka dan saya akan bekerja lebih keras untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada pusingan akan datang,” kata Larry yang bekerja sebagai jurutera kimpalan kapal di Singapura.

Mohd Habibullah pula mensasarkan untuk menduduki tiga tempat teratas musim ini. Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buaya, Selangor itu percaya berada di landasan betul untuk merealisasikan sasaran itu.

“Ini musim pertama saya dalam kelas Expert dan perlu belajar dengan lebih banyak lagi. Saya mensasarkan untuk bergelar juara pada tahun depan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker