» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Atasi krisis bahan api

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



KRISIS bahan api dunia memaksa pengeluar kenderaan seluruh dunia berusaha mencari alternatif terbaru menggantikan penggunaan bahan bakar daripada fosil kepada bekalan tenaga yang lebih praktikal, jimat dan mesra alam.

Terbaru, Chevrolet memperkenalkan empat versi kenderaan menggunakan tenaga alternatif selain mengurangkan pergantungan kepada petroleum hasil penggunaan kejuruteraan termaju daripada General Motors Corporation (GM).


Empat sumber tenaga merangkumi gas asli mampat (CNG), Dua Mod Hibrid, Sel Bahan Api (Fuel Cell) dan Etanol (E85) berjaya menyelesaikan masalah kepupusan sumber bahan api pada masa hadapan.

Semua kenderaan terbabit terdiri daripada model Aveo, Optra, Optra Magnum, Colorado berkuasa CNG; jentera Hibrid daripada Chevrolet Saturn dan Tahoe dengan dua mod Hibrid, Chevrolet Equinox dengan sistem Fuel Cell serta Chevrolet Impala yang menggunakan Etanol.

Pada sesi pengenalan empat model kenderaan tenaga alternatif berkenaan baru-baru ini, wartawan permotoran Asia berpeluang menguji keupayaan semua jentera terbabit di kawasan meletak kereta yang diubah suai menjadi litar di Impact Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GM Motors, Richard Wagoner, Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dan kumpulan wartawan dari Asia Tenggara.

Bermula dengan versi CNG (di negara ini, ia lebih dikenali dengan NGV), peningkatan kuasa jelas terasa sebaik pedal minyak ditekan manakala tahap pengeluaran gas berbahaya adalah minimum.

Malah, pikap Colorado 2.5 L Diesel masih mampu bergerak pantas walaupun enjinnya dilengkapi teknologi CNG yang didakwa beberapa pihak kurang berkuasa.

Chevrolet merancang untuk membawa masuk teknologi berkenaan di negara ini menerusi model Aveo, Optra dan Optra Magnum pada masa akan datang.

Bagi versi hibrid pula, kuasa yang disalurkan terhadap model Saturn 2.4L memang tidak boleh dipertikaikan berikutan berjaya menghasilkan 172 kuasa kuda dengan tork setinggi 226Nm meskipun jentera berkenaan seberat 1,719 kilogram (kg).

Paling mengujakan, teknologi dua mod Hibrid yang dipasang pada Tahoe 6.0L V8 ternyata satu pencapaian yang mengagumkan apabila sistem hibrid akan bertukar secara automatik daripada satu kepada dua motor apabila kuasa tambahan diperlukan.

Sekiranya kenderaan bergerak dalam kelajuan malar, hanya sebuah motor sahaja berfungsi manakala satu motor lagi akan mengecas secara automatik.

Tahoe adalah sebuah Kenderaan Sport Utiliti (SUV) bersaiz mega dan memerlukan bateri sekuat 300 volt bagi sistem hibridnya tetapi ia berbaloi.

Bagi sistem Sel Bahan Api, Chevrolet Equinox menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar yang diasingkan daripada air.

Teknologi terbabit membolehkan air yang mengandungi hidrogen dan oksigen diasingkan sebelum disalurkan ke kebuk pembakaran.

Difahamkan, enjin berkenaan menjadikan Equinox lebih berat daripada model biasa tetapi jurutera GM berjaya mengurangkan berat hasil penggunaan aluminium dan gentian karbon (carbon fiber).

Terakhir, Impala dengan Etanol adalah sebuah jentera mesra alam yang sesuai untuk kegunaan pada masa akan datang berikutan sumbernya yang boleh diperbaharui selain mesra alam.

Etanol atau E85 adalah gas yang diperolehi menerusi hampas tebu dan model berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di Brazil.

Ini kerana, Brazil adalah pengeluar gas E85 terbesar dunia dan perkara ini menjanjikan pasaran luas bagi kenderaan berteknologi Etanol.

Keempat-empat versi berkenaan menunjukkan hasil komitmen tinggi GM dalam usaha menghasilkan kenderaan masa depan yang lebih baik.

>Info
KILANG terbaru GM di Rayong seluas 14,492 meter persegi bagi memenuhi keperluan kenderaan berteknologi diesel.

Kilang terbaru itu akan digunakan untuk mengeluarkan enjin diesel empat silinder untuk kegunaan pasaran Chevrolet di Thailand dan Asia Tenggara.

Pembukaan kilang terbaru itu membolehkan Chevrolet menghasilkan lebih 100,000 enjin berkapasiti 2.5 liter dan 2.8 liter turbo diesel setahun.

Kilang terbabit menjadi contoh usaha GM menuju ke pasaran lebih meluas dan global.

Teknologi diesel memainkan peranan penting dalam strategik pasaran GM mencipta enjin berteknologi diesel terbaik di dunia.

Antara model yang bakal dibina di kilang terbabit adalah Aveo, Optra, Estate dan Captiva.

GM menawarkan 22 kenderaan enjin teknologi diesel daripada keseluruhan sebanyak 36 model untuk pasaran di seluruh dunia.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker