» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Sentuhan baru Myvi

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan versi terbaru model terlarisnya, Myvi yang diberi beberapa sentuhan baru termasuk gaya luaran dan dalaman lebih menarik.

Antara suntikan terkini merangkumi sistem audio dilengkapi pemain MP3, USB dan teknologi Bluetooth.


Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar pembaharuan itu berdasarkan perubahan gaya hidup masa kini yang memerlukan sebuah jentera yang lengkap.

“Kami memberi jaminan pelanggan yang menempah Myvi baru ini tidak perlu menunggu lama kerana Perodua mempunyai stok 3,500 unit.

“Kami menjangkakan kira-kira 3,300 Myvi baru akan berada di jalan raya menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Hadir sama Pengarah Urusan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Osamu Oaki.

Selain sistem audio lebih canggih, Myvi baru turut mengalami perubahan dalaman seperti fabrik dan ruang dalaman berwarna gelap yang lebih sporty.

Kerusi pemandu juga boleh dilaraskan dan penambahan tempat meletak bekas minuman serta ‘shopping hook’ pada bahagian belakang kerusi hadapan.

Selain itu, bahagian bumper hadapan, lampu utama dan logo depan kereta turut mengalami sentuhan terkini yang lebih anggun.

Malah, rim sport diberi gaya baru tetapi masih mengekalkan saiz standard 14 inci.

Daripada segi keselamatan, Myvi baru dilengkapi beg udara berkembar, ABS, EBD dan BA.

Bagi varian 1.3 L, Myvi dijana enjin 1298cc, empat silinder sebaris, DOHC DVVT yang menghamburkan 87 kuasa kuda dan tork maksimum setinggi 116Nm manakala Myvi varian 1.0 pula dilengkapi enjin 989cc, tiga silinder, DOHC twincam, 12 injap dengan 57 kuasa kuda dan tork 88Nm.

Dengan harga antara RM39,000 hingga RM51,000 seunit, Myvi baru didatangkan dengan lapan warna pilihan termasuk dua warna baru iaitu Kelabu Medallion dan Biru Carribean.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker