Ibu menang hadiah RM13,000, baucar petrol Shell RM3,000SEORANG ibu tergamam apabila diumumkan pemenang bertuah minggu kesembilan peraduan 'Shell Over One Million KMs'.
Pemenang, Wong Siew Chooi, terkejut apabila menerima panggilan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd yang memaklumkan dia memenangi wang tunai RM13,000 dan baucar petrol Shell bernilai RM3,000. “Saya masih sukar mempercayai apabila menerima panggilan itu. “Hadiah kemenangan ini memang kena pada masanya mengenangkan harga minyak yang meningkat,” katanya. Replika cek disampaikan Pengurus Kanan Rantau Jualan Tengah Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Fong Lai Pong di Stesen Shell Sri Hartamas, baru-baru ini. Wong berkata, mulanya dia bercadang membawa keluarga bercuti dengan hadiah itu tetapi membatalkan hasrat berkenaan. “Saya ingin menggunakan sebahagiannya untuk membayar ansuran rumah dan menyimpan bakinya untuk dua anak perempuan saya. “Kini saya semakin bersemangat melengkapkan 10 lagi borang penyertaan bagi meningkatkan peluang memenangi hadiah lebih besar,” katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Datuk Mohzani Wahab, berkata peraduan berkenaan mendapat reaksi menggalakkan sejak dilancarkan pada 13 Mei 2008. “Shell sentiasa menitik beratkan mengenai penggunaan petrol dan gembira dapat memberi ganjaran berbentuk petrol percuma dan wang tunai kilometer tambahan kepada pelanggan setia. Dalam perkembangan lain, seramai 300 pemandu dipilih untuk menyertai Cabaran Shell FuelSave dan kini membuat persiapan untuk mempelajari cara menjimatkan petrol melalui sesi latihan yang baru bermula hujung minggu lalu. |