» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Pameran kereta ekstrem

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



PEMINAT pertunjukan kereta kini berpeluang menyaksikan beberapa acara termasuk berjumpa pemilik kenderaan yang digelar ‘King’ dalam arena modifikasi ekstrem jentera mereka.

Pertunjukan anjuran Kelab Autoshow menjanjikan persembahan menarik di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 26 Disember ini.


Menurut Presiden Kelab Autoshow, Huck Seng, ‘Xtreme International Autoshow’ adalah pameran terbesar pernah diadakan.

“Saya berharap pertunjukan ini boleh dijadikan acara tahunan dan setanding pertunjukan SEMA di Las Vegas; Essen Motor Show, Jerman; Geneva, Paris dan Bangkok International Motor Shows,” katanya.

Menurutnya, pertunjukan kereta mampu menarik perhatian penggemar dari dalam dan luar negara.

Antara yang mengesahkan penyertaan mereka adalah pemilik ‘Humther’ dari Indonesia (Isuzu Trooper diubah suai kepada Hummer), The Extreme Modified ‘Mr. Alien’ (Proton Wira Aeroback), The Exquisitely Airbrushed ‘Pink Lady’ (Perodua Kancil), The ‘Gila Monster’ ICE Car (Nissan AD Resort) dan The Fire-Spitting ‘Green Spider’.

Paling menarik, penganjur berjaya membawa ‘Big Daddy’ dan ‘The Kustomizer’ dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan kepantasan ‘Jet Car’ sepantas 300 batu sejam dalam perlumbaan Drag.

Selain itu, perlumbaan terbabit turut disertai ‘The Double Headed Mini Cooper’ dan ‘The Pocket Rocket Mini Dragster’ yang bersedia memperkenalkan sukan lumba itu kepada masyarakat negara ini.

“Melalui pertandingan seumpama ini, kita boleh mengenali teknologi terbaru dalam mengubah suai enjin setanding Amerika Syarikat yang diakui amat kreatif dalam modifikasi.

“Pada pertandingan itu juga, kami akan mengadakan perbincangan dalam program ‘Xtreme International Workshop’ supaya boleh bertukar idea dengan beberapa pakar modifikasi,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker