» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Eastar lebih berkuasa, selesa






PENGELUAR kenderaan gergasi China, Chery melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbarunya, Eastar yang lebih moden, bergaya dan berkuasa.

Jentera yang dibawa masuk Chery Alado Automobile Sdn Bhd, mensasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana tetapi mahukan sebuah kenderaan selesa untuk tujuh penumpang.


Model MPV pemasangan tempatan (CKD) ini menggunakan enjin 2.4 liter buatan Mitsubishi dan memiliki beberapa teknologi terbaru.

Antaranya, sistem audio dengan enam pembesar suara, kawalan audio pada stereng, lampu membaca, peti simpanan berlampu dan lampu anti kabus hadapan dan belakang.

Presiden Chery Automobiles Co. Ltd, Yin Tangyo, berkata Eastar menerapkan beberapa aspek yang dirasakan penting bagi keselesaan pemilik.

“Rekaannya diberi sentuhan moden dan segar di samping ruang kabin dalaman yang fleksibel untuk disesuaikan untuk pelbagai keperluan.

“Secara keseluruhannya, Eastar memberi penekanan kepada pakej keseluruhan kenderaan moden, selesa serta lasak termasuk keupayaan kenderaan ini sebagai kenderaan pelbagai guna,” katanya.

Model terbaru itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain beberapa ciri terkini, Eastar turut mengutamakan aspek keselamatan seperti beg udara berkembar SRS, immobilizer (anti-kecurian), ABS serta EBD.

Malah, Eastar dianugerahkan empat bintang bagi ujian keselamatan NCAP Eropah.

Syarikat automotif China itu juga merancang membuka kilangnya di Pekan, Pahang akhir tahun depan bagi mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 model terbaru untuk pasaran negara ini dan Asean.

Pelaburan itu akan dibuat menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Chery Alado Holdings Sdn Bhd, yang menjadi pengedar, pengimport serta pemasang kenderaan Chery di negara ini.

Kilang di atas tanah seluas 40 hektar itu mempunyai kapasiti mengeluarkan 100,000 unit kenderaan setahun.

Anggaran harga MPV Eastar itu ialah RM79,888 seunit bagi model asas dan RM86,888 bagi spesifikasi penuh.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker