» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Karnival kereta UIAM meriah

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



CUACA panas terik bukan penghalang kepada lebih 5,000 pengunjung hadir ke pertandingan Autoshow sempena Pesta Konvokesyen ke-24 (Stabaz) di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, baru-baru ini.

Bertempat di Convest Hill, Kelab Keusahawanan UIAM dengan kerjasama KW Motorsport menganjurkan pertandingan itu yang disertai berpuluh-puluh kenderaan dari seluruh negara.


Program yang bermula jam 11 pagi itu mempertandingkan empat kategori iaitu Perodua Standard, Mira Looks, Proton Standard dan Open Standard.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti Demo Audio, perhimpunan kelab kereta, pameran dan jualan.

Acara itu menarik minat 30 peserta termasuk dari Negeri Sembilan, Ipoh, Lembah Klang dan Johor.

Deretan model kenderaan dari beberapa kelab kereta sekitar Lembah Klang turut memeriahkan suasana pertandingan.

Sambutan penuntut pusat pengajian tinggi amat menggalakkan, malah mereka tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri kehebatan beberapa jentera yang bertanding.

Selain melihat kereta yang diubah suai, pengunjung turut terhibur dengan persembahan kereta dengan ekzos berapi dan dentuman sistem hiburan dalam kenderaan.

Kehadiran kelab kereta yang pakar dalam mengubah suai audio kenderaan memberi peluang kepada peminat melihat secara dekat teknik serta teknologi kenderaan yang dipasang.

Kereta yang hadir pada kali ini mewah dengan pelbagai aksesori 'garang' yang bukan saja memukau orang ramai, malah juri.

Karnival kali ini menampilkan sedikit kelainan menerusi penggunaan air brush di kebanyakan kereta yang bertanding.

Menurut mereka, penggunaan 'air brush' ini bukanlah elemen baru dalam bidang ubahsuai kenderaan kerana ia digunakan secara meluas di kalangan pemilik motosikal dan skuter.

Bagaimanapun, kos yang diperlukan untuk mengecat sebuah kereta terlalu tinggi malah mencecah hingga RM6,000 sebuah.

Pemilik kenderaan turut mempamerkan enjin dan aksesori dalaman kereta yang canggih dan kos bernilai puluhan ribu ringgit.

Banyak kereta mengetengahkan konsep tersendiri dan tidak kurang yang mengambil tema daripada filem Hollywood.

Dengan warna menarik, kereta berwajah semburan angin mendapat perhatian walaupun kalah daripada segi pengubahsuaian enjin atau hiasan.

Antara konsep 'air brush' yang mendapat perhatian ialah konsep hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan.

Kebanyakan pengunjung yang berkunjung sejak awal pagi tidak melepaskan peluang 'membelek' setiap kereta yang memenuhi laluan sepanjang kira-kira 100 meter di kawasan berkenaan.

Malah, mereka dapat melihat sendiri sistem bunyi terbaik, pengubahsuaian standard, pengubahsuaian ekstrim dan aksesori (bodykit) kenderaan.

Bagi memeriahkan program berkenaan, penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan antaranya cabutan nombor pendaftaran kenderaan bertuah, karaoke, teka gula-gula dan gerai jualan makanan serta aksesori kenderaan.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Program Convest Stabaz 2008, Muhd Fadhlullah Johari.

Pemenang ialah Mohammad Firdhauz menerusi Perodua Kenari (kategori Compact/ Sub-Compact), Adi Iswandi (kategori Mira Looks), Kwan Chia Hoe (kategori Proton Standard) dan Norhisham (kategori Open Standard).

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker