» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Kembara amal uji minda

Teks dan Gambar oleh Mohd Amin Jalil
rencana@hmetro.com.my



PERTANDINGAN Pencarian Harta Karun dan Kembara Amal, Seremban-Port Dickson anjuran Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana) bersama Kerajaan Negeri, Tourism Malaysia dan Exxon Mobil, baru-baru ini boleh diibarat serampang tiga mata.

Ia bukan sekadar mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli kelab malah menguji minda peserta serta mempromosikan tempat menarik sekitar negeri bersejarah itu.


Peserta membabitkan ahli kelab selain peserta luar termasuk dari ibu kota dan Melaka menerusi dua kategori iaitu terbuka dan tertutup.

Seramai 250 peserta membabitkan 75 kereta melalui perjalanan sejauh kira-kira 80 kilometer untuk mencari jawapan tepat bagi memburu hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM8,000.

Program bermula dari Kompleks Kraftangan Negeri Sembilan dengan acara pelepasan dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor kira-kira jam 9 pagi.

Peserta kemudian memandu melalui daerah Senawang, Jalan Sungai Gadut, Rantau, Lukut sebelum berakhir di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang mengambil masa kira-kira empat jam.

Sepanjang perjalanan mereka diminta singgah di Muzium Lukut untuk menyertai satu aktiviti amal menyerahkan sumbangan makanan kepada golongan miskin di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

Selain itu, peserta juga diwajibkan mengunjungi Muzium Angkatan Tentera Port Dickson.

Peserta diwajibkan menjawab 25 soalan tersembunyi di beberapa kawasan menggunakan panduan disediakan penganjur.

Terdahulu, peserta diberikan taklimat ringkas program oleh Presiden Kelab Motor AFQ, Mohd Rosly Abd Jalil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Exco kerajaan negeri, Datuk Mohamad Razi Kail.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker