» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Pesta kereta ekstrem

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


KEGILAAN peminat kereta yang sanggup mengubah suai kereta asal (standard) hampir 100 peratus sehingga hanya tinggal mungkin casisnya semata-mata untuk mencipta kelainan, mencuri tumpuan orang ramai.

Kehadiran lebih 3,000 pengunjung menyaksikan Merdeka Automotive Fiesta 2008 di pekarangan Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang menghimpunkan peminat kereta untuk memberi peluang orang ramai menatap jentera kesayangan mereka.

Pertandingan kereta itu mempertandingkan enam kategori dengan jumlah 35 penyertaan kereta dari seluruh negara.


Peserta datang dari Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Pantai Timur turut menjayakan pertandingan berkenaan.

Semua peserta masing-masing dipilih berdasarkan kategori Pengubahsuaian Ekstrem Kompak/Sub-Kompak, Pengubahsuaian Standard Kompak/Sub-Kompak, Pengubahsuaian Wajah Mira, Pengubahsuaian Kereta Standard Kebangsaan, Pengubahsuaian Terbuka Standard dan Pengubahsuaian Terbuka Ekstrem.

Suasana yang agak panas di Litar Formula Satu (F1) Sepang itu tidak menghalang peserta setia menunggu dan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai pengubahsuaian yang dilakukan.

Malah, langkah pihak penganjur menyediakan beberapa khemah untuk memberikan sedikit keselesaan kepada pengunjung dan peserta tidak bermakna pertandingan menjadi dingin, malah tetap hangat.

Kehadiran pengunjung semakin ramai di sebelah petang.

Turut diadakan acara berkonvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan oleh Akaido Members Club dan Kelab VVIP Motorsport, perlumbaan 12 jam ‘Merdeka Race’, perhimpunan kelab kereta dan skuter, acara ‘Demo Audio’, Demo Motosikal Mini, ‘Demo Drift’ dan pameran aksesori.

Menurut penganjur, objektif utama penganjuran acara permotoran terbabit diharap menjadi landasan kepada golongan muda-mudi menghindarkan diri daripada melakukan gejala tidak sihat seperti lumba haram, vandalisme, melepak, kutu rayau dan dadah.

Seorang peserta, Zamanhuri Mohamad Noor, 27, berkata dia tidak melepaskan peluang setiap kali ada pameran kereta berhias, terutama kereta diubah suai dan sudah menyertai sembilan pameran.

Pekerja syarikat swasta itu mengaku menghabiskan RM10,000 bagi memastikan kereta Proton Satria miliknya kelihatan anggun dan bergaya.

“Kereta saya hampir 90 peratus diubah suai terutama di bahagian enjin menggunakan krom, pintu yang terbuka sendiri serta alat kawalan jauh untuk menekan minyak.

“Semua ubah suai termasuk bahagian kusyen dan mengecat dilakukan sendiri,” katanya.

Rakannya, Khairul Amir Azman, 22, yang menyertai pameran itu semata-mata untuk mempamerkan kereta Perodua yang diubah suai hingga ramai tidak mengenali ia adalah model Kelisa.

“Saya memang gilakan kereta kompak dan membelanjakan RM20,000 untuk membuat pengubahsuaian dengan bantuan beberapa rakan,” katanya.

Pameran kereta menjadi salah satu daripada gelanggang anak muda mempamerkan kreativiti mereka menerusi pertandingan Autoshow yang sering menerima sambutan hangat pelbagai pihak.

Biasanya, pertandingan seumpama itu sering mendapat perhatian menggalakkan dan difahamkan terdapat lebih 1,500 kereta bertanding dalam pelbagai peringkat dianjurkan di seluruh negara.

Melalui acara galakan pihak kerajaan dan korporat, peminat kereta boleh menunjukkan kreativiti mereka dalam mengubah suai kereta terutama membabitkan kereta buatan tempatan.

Penganjuran program itu satu aktiviti sihat dan turut berkembang di luar negara seperti Australia, Thailand, New Zealand, Jepun dan negara Eropah lain.

Selain mempamerkan jentera ekstrem, pertandingan itu turut menyumbang peluang perniagaan kepada Bumiputera dan mendedahkan penggunaan teknologi terkini dalam penjagaan kereta.

Penganjuran aktiviti berkenaan kini bukan saja membabitkan kelab kereta saja tetapi juga sudah mula mendapat perhatian kerajaan negeri yang banyak memberikan bantuan berikutan kos penganjuran yang tinggi.

Pertandingan yang berakhir pada jam 8.30 malam itu diakhiri acara penyampaian hadiah kepada pemenang enam kategori yang dipertandingkan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker