» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Bilik pameran di Johor

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



BERDASARKAN permintaan tinggi terhadap jentera teknologi rali, pengedar tunggal jenama Subaru, Motor Image Group membuka bilik pameran baru di Johor Jaya, Plentong, di Johor Bahru untuk memenuhi permintaan peminat jenama dari Jepun itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Motor Image Group, Glenn Tan, berkata langkah membuka bilik pameran di Johor didorong peningkatan populariti jenama Subaru di Singapura dan kesan limpahan pelanggan dari kawasan selatan tanah air.


“Kami mempunyai dua bilik pameran di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Johor adalah salah satu lokasi strategik.

“Kami sentiasa menjalankan usaha pemasaran agresif dan berjaya mencipta kedudukan kukuh di Singapura,” katanya.

Katanya, oleh kerana penduduk sekitar Johor sudah biasa melihat jentera Subaru yang berdaftar di Singapura memasuki negeri terbabit setiap hari, ia dijangka mampu menarik lebih perhatian untuk memilikinya.

“Model Subaru umumnya lebih popular di kalangan golongan muda yang meminati prestasi pemanduan tinggi kerana kebanyakan model Subaru dilengkapi teknologi Pacuan Semua Roda atau All Wheel Drive (AWD).

“Teknologi ini menawarkan keseimbangan dan kestabilan sempurna berteraskan enjin ‘Boxer Bertentangan Mendatar’ Subaru.

Menurut Tan, pelanggan Subaru di negara ini biasanya terdiri daripada penggemar kenderaan bermotor dan peminat kereta berkuasa tinggi.

“Rangkaian kereta terbaru kami mencerminkan reka bentuk yang lebih canggih dan bergaya untuk memenuhi cita rasa kumpulan pengguna lebih luas, khususnya eksekutif cemerlang dan usahawan terbilang.

“Setakat ini, perubahan baru ini diterima dengan baik di rantau lain dan kami meramalkan sambutan sama di sini,” katanya.

Katanya, dengan warisan kereta rali reputasi tinggi, Subaru sudah lama menjadi simbol prestasi unggul, tahap pemanduan luar biasa dan teknologi canggih terkini selain berjaya merangkul beberapa anugerah termasuk anugerah keselamatan dan kualiti jenama.

Terdahulu, Subaru yang berpangkalan di Jepun dikeluarkan Fuji Heavy Industries Ltd (FHI).

Falsafahnya adalah berasaskan kejuruteraan bermutu tinggi, keselamatan, kebolehpercayaan, pengalaman memandu menyeronokkan dan nilai.

FHI adalah pengilang utama di Jepun, dengan sejarah inovasi teknologi yang menjangkaui permulaannya sebagai sebuah syarikat pesawat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker