» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom 3 minyak pelincir dipertingkat

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



JENAMA minyak pelincir terkenal dunia, Shell Helix, Shell Advance dan Shell Rimula dilancarkan, baru-baru ini dengan imej dan rumusan terkini yang dipertingkatkan bagi kegunaan jentera moden masa kini.

Ketiga-tiga pelincir berkenaan mengalami beberapa perubahan termasuk melakukan beberapa perubahan seperti Shell Helix HX7 dipertingkatkan ke tahap API SM dan tahap kelikatan baru 10W-40.


Selain itu, kelikatan Shell Helix HX5 pula diturunkan daripada 20W-50 kepada 15W-40 untuk memberi lebih kuasa dan penjimatan kepada pengguna.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Bhd, Datuk Mohzani Abdul Wahab, berkata selain rumusan pembersihan enjin, penurunan kelikatan itu memperbaiki keberkesanan kuasa dan menyumbang kepada penjimatan petrol.

“Malah, teknologi terkini juga menawarkan kawalan daya oksidatif lebih baik, sekali gus menjadikan enjin tahan lebih lama.

“Bagi rangkaian Shell Rimula yang khusus untuk kenderaan berat berkuasa diesel, teknologi adaptif direka bagi menepati piawaian enjin yang sentiasa berubah,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Minyak Pelincir Shell Malaysia Trading, Robert Kwong.

Katanya, Shell Rimula melindungi enjin diesel yang menjalankan tugas berat daripada mengalami kelusuhan, dihakis asid serta enapan bagi memanjangkan hayat enjin, selain mengurangkan kos penyelenggaraan.

Sementara itu, minyak pelincir motosikal, Shell Advance turut mengalami perubahan apabila dilengkapi ejen pencuci bagi menghapuskan partikel karbon yang degil dan pada masa sama, mengekalkan prestasi enjin pada tahap optimum.

Shell turut memperkenalkan Shell Advance Ultra, minyak enjin motosikal sintetik sepenuhnya yang dibangunkan bersama Ducati kepada pemandu motosikal tempatan.

Shell Advance untuk motosikal pula datang dengan Dynamic Performance Additive untuk menghapuskan lebih banyak karbon.

“Rekod prestasi Shell dalam inovasi minyak pelincir yang menjangkau lebih 60 tahun memberikan kami pengetahuan mendalam mengenai operasi serta keperluan enjin.

“Menerusi projek dilaksanakan Shell Lubricants sebelum ini, seluruh rangkaian produk diubah bagi menepati keperluan pengguna dan peniaga,” katanya.

Shell Helix kini dikenali Helix HX7 dan HX5 sementara Rimula pula datang dalam enam varian bermula Rimula R1 hingga R6.

Sementara itu, Kwong berkata, Shell yakin dapat mengukuhkan penguasaan pasarannya di negara ini dengan pengenalan semua minyak pelincir baru berkenaan.

“Shell kini adalah pengeluar minyak pelincir nombor satu di Malaysia dengan menguasai 30 peratus pasaran.

“Dengan pelancaran rangkaian minyak pelincir terbaru ini, syarikat yakin dapat meningkatkan lagi penguasaan pasaran tempatan, seterusnya menguasai pasaran global,” katanya.

Harga Helix bermula daripada RM62, Rimula (RM55.25) dan Shell Advance dijual pada harga RM15.99 seliter.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker