» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Cabaran getir redah Hutan Simpan Berkelah

Teks dan Gambar Mohd Rafi Mamat
rencana@hmetro.com.my



MEMBINA dua jambatan kayu dan merentas tiga anak anak sungai antara cabaran getir yang dilalui 30 peserta kursus pacuan empat roda anjuran Jabatan Perhutanan Pahang, baru-baru ini.

Kursus dua hari itu membabitkan dua sesi iaitu pengajaran di kelas di dewan Akademi Latihan Felda Bukit Goh dan sesi latihan praktikal sekitar Hutan Simpan Berkelah, Kuantan.


Kursus itu bertujuan menambah pengalaman pemandu Jabatan Perhutanan Pahang ketika bertugas di hutan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang (JPP), Datuk Che Hashim Hassan, berkata kursus ini menguji kebolehan dan kecekapan pemandu mengendalikan kenderaan pacuan empat roda milik jabatan.

Menurutnya, tanpa kebolehan dan kepakaran, sukar untuk pemandu mengendalikan kenderaan dengan baik terutama ketika tugasan di hutan dan kawasan berbukit.

“Sepanjang kursus, peserta didedahkan teknik membina jambatan daripada kayu bulat apabila berhadapan dengan kejadian jambatan runtuh.

“Kerjasama berpasukan dan kemahiran teknik yang betul serta kelengkapan yang ada melancarkan usaha membina jambatan merentasi anak sungai termasuk parit,” katanya.

Peserta turut didedahkan teknik penggunaan gear yang betul ketika melalui laluan berbecak, bukit-bukau, merentas sungai, jalan berlubang dan berlumpur.

Hashim berkata, walaupun kenderaan pacuan empat roda milik jabatan itu memiliki kelengkapan terkini, ia tidak bermakna jika pemandu tidak menggunakannya dengan betul.

Land Rover Malaysia menyediakan tenaga pengajar mengendalikan program itu.

Beliau berkata, peserta turut diajar teknik melepasi halangan menggunakan ‘winch’ yang ada pada setiap kenderaan.

Peserta, Mohd Anuar Mohd Yusof, 48, berkata walaupun beberapa kali menyertai kursus pemanduan pacuan empat roda sebelum ini, kursus ini dianggap lebih mencabar terutama aktiviti membina dua jambatan kayu secara berkumpulan.

Menurutnya, bukan mudah membina jambatan daripada kayu bulat tanpa teknik dan kelengkapan.

“Ukuran jambatan mengikut saiz tayar kenderaan, ini bermakna dua hingga tiga batang kayu spesies keras diperlukan untuk membina jambatan.

“Bagi mengelak kayu bulat bergolek, rantai motosikal terpakai digunakan bagi mengikat kayu,” katanya.

Bagi Abdul Rahim Abdul Aziz, 47, penggunaan gear yang betul ketika melalui kawasan becak dan berbukit penting bagi mengelak kenderaan terbenam atau gagal melepasi halangan.

“Walaupun kenderaan pacuan empat roda lasak, kecekapan pemandu penting bagi melancarkan tugas.

“Teknik menggunakan ‘winch’ yang ada pada setiap kenderaan pacuan empat roda membantu pemandu melepasi kenderaan yang terbenam dalam lumpur,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker