» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Beg komputer Axio

Oleh Harris Adam
rencana@hmetro.com.my



AXIO ialah jenama terkenal dengan pembuatan beg sejak awal 70-an.

Reka bentuk keluaran Axio lebih pada fesyen dan gaya hidup masa kini.


Bagi penunggang motosikal, Axio turut mengeluarkan beg yang boleh digunakan dengan selesa ketika menunggang.

Produk Axio bukan saja cantik dan elegan tetapi dicipta untuk keselamatan penunggang. Beg ini dikategori di bawah ‘moto packs’.

Ada beberapa kategori beg ‘moto pack’ iaitu Swif 2.0, Swif, Ducati Pramac, Repsol dan Tank Bag.

Melalui model terkini ini, anda boleh menyimpan barangan elektronik seperti komputer bimbit dengan selamat ketika menunggang.

Kebanyakan kita menggunakan beg yang salah ketika membawa komputer bimbit. Ini memberi kesan kepada peralatan elektronik itu.

Beg yang digunakan juga tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Namun, dengan beg Axio moto pack, anda boleh memandu dengan bijak walaupun dalam jarak yang jauh.

Keluasan dalam beg ialah ‘1800 cubic’ cukup luas untuk menyimpan pelbagai barangan selain komputer bimbit.

Reka bentuk dalaman agak menarik dengan komponen yang direka khusus untuk menyimpan barangan tertentu.

Beg ini juga kalis air, justeru tiada masalah jika anda memandu dalam hujan, barang di dalamnya tidak rosak.

Jika diteliti, beg ini menyerupai peralatan perlumbaan seperti ditonton dalam Motor GP.

Rangka luarannya diperbuat daripada ‘polycarbonate’ yang keras serta aerodinamik menyebabkan ia cukup selesa di bawa ke mana saja selain kualitinya terjamin.

Axio didatangkan dalam pelbagai pilihan dan warna dengan harga antara RM450 hingga RM550.

Anda boleh mendapatkan beg berkenaan melalui pengedar di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur atau hubungi 03-26913251, laman web: wed di www.axio-usa.com.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker