» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Suzuki Shogun berkuasa

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



JENAMA motosikal yang semakin diminati, Suzuki memperkenalkan model terbarunya, Shogun 125RR dan 125SP bagi memenuhi kehendak penunggang yang inginkan sebuah motosikal 'underbone' sporty, anggun dan berkuasa dalam segmen 125cc.

Model yang sama sekali 'direka semula' (re-engineered) pakar kejuruteraan Suzuki itu dilengkapi enjin serba baru yang lebih berkuasa, malah menjimatkan penggunaan petrol.


Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, Kazumasa Watanabe, pihaknya melihat pasaran motosikal di negara ini berkembang maju, terutama selepas kenaikan harga petrol.

“Pasaran motosikal di Malaysia dari Januari hingga Julai tahun ini mencapai jualan 339,291 unit, meningkat 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Suzuki juga mengalami peningkatan jualan memuaskan, naik 75 peratus melebihi kadar perkembangan pasaran motosikal keseluruhannya,' katanya.

Katanya, model terbaru Shogun itu dibangunkan semula daripada semua segi kejuruteraan termasuk garis reka bentuk lebih langsing dan tajam, kerangka yang diperkuatkan, transmisi lebih lancar dan enjin serba baru.

“Oleh itu, Shogun 125RR dan SP memiliki memiliki kuasa, ekonomi dan keselesaan menunggang,” katanya.

Suzuki Shogun 125RR adalah versi automatik sementara Suzuki Shogun 125SP dilengkapi klac tangan ala perlumbaan.

Pembaharuan yang dapat dilihat melalui reka bentuk garis badan tajam dan dinamik bagi mencerminkan karakter sporty dan berprestasi tinggi.

Pilihan dwi-warna dan reka bentuk grafik badan bergaya meningkatkan lagi imej kelajuan dan prestasi jentera terbaru berkenaan.

Shogun juga dilengkapi Sistem Kunci Pusat dilengkapi penutup mudah dikendalikan dengan menggunakan magnet disediakan pada hujung kunci untuk mengelakkan kecurian.

Ciri keselamatan lain termasuk brek cakera hadapan dan belakang serta penampilan lampu belakang lebih kompak dan sporty hasil dari lampu brek daripada mentol LED menambah karakter sporty.

Bagi mereka yang mahukan ruang penyimpanan lebih besar, model terbaru ini menawarkan ruang simpanan barang bawah tempat duduk sebesar tujuh liter dengan selamat.

Melalui enjin yang 'dibina' semula, kuasa serba baru dengan pelbagai ciri inovatif dan kehalusan reka cipta menjadikan Suzuki Shogun lebih berkuasa malah juga lebih ekonomi.

Nisbah gear lebih tinggi membolehkan Suzuki Shogun mencapai kelajuan sama pada putaran enjin lebih rendah termasuk melakukan modifikasi ruang pembakaran kepala silinder baru yang menyempitkan sudut injap bagi meningkatkan kecekapan pembakaran.

Malah, bagi sesiapa yang berminat, Suzuki menawarkan ekzos Yoshimura untuk prestasi lebih baik serta bunyi perendam lebih sporty.

Ekzos Yoshimura yang terkenal ini tidak panas disentuh walaupun selepas melakukan tunggangan jarak jauh.

Suzuki Shogun 125RR dan SP didatangkan dengan variasi enam warna pilihan iaitu New Titan Black dan kombinasi dwi- warna iaitu Autumn Red/New Titan Black, Brilliant White/New Titan Black dan Marine Blue/New Titan Black untuk Suzuki Shogun 125RR serta Dark Grey/New Titan Black dan Marine Blue/New Titan Black untuk Suzuki Shogun 125SP.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM5,253.75 bagi 125 RR manakala Shogun 125 SP RM5,400.25. Kedua-dua harga berkenaan tidak termasuk insurans.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker