Muhaimin rapatkan jurang
KETIKA perlumbaan kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta 2008 hanya tinggal tiga pusingan lagi, persaingan bagi kelas Expert dan Novis semakin hangat.
Selain Ahmad Fazli Sham daripada pasukan Shell Advance Maju Motor Racing yang menguasai kategori Expert, kelas Novis lebih menarik apabila Abdul Muhaimin Roslan mula mengejar impian untuk mendahului kategori berkenaan.
Kemenangan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta 2008 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, membuka peluang kepada pelumba muda berkenaan merapatkan jurang ke tangga teratas kategori Expert.
Menurut Muhaimin, dia gembira dengan kemenangan itu kerana dapat merapatkan jurang perbezaan mata di belakang pelumba Motul YY Pang, Md Emir Firdaus Hassan yang masih mendahului perlumbaan.
"Saya hanya dipisahkan dua mata di belakang pendahulu, Emir iaitu 129-127.
"Tugas saya sekarang ialah terus memberi tekanan kepadanya (Emir) selain berharap dapat memberi persembahan terbaik pada baki dua perlumbaan lagi musim ini," katanya.
|