» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Sport City 200 'sempoi'

Teks dan Gambar Harris Adam
rencana@hmetro.com.my



SEJAK kebelakangan ini, ramai di antara kita mengalami perubahan gaya hidup berikutan kos sara hidup agak tinggi.

Jika dahulu, kita menggunakan kereta ke tempat kerja, kini ramai bertukar kepada motosikal untuk menjimat belanja selain peningkatan harga petrol di pasaran.


Skuter adalah kenderaan popular pada masa kini. Ia cukup mudah dikendalikan terutama ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.

Malah, wanita dan pelajar sekolah boleh mengendalikan kenderaan itu dengan mudah.

Antara skuter yang menjadi kegemaran ialah Sport City 200 keluaran Aprillia.

Skuter ini cukup menarik kerana kuasa enjinya yang besar iaitu 200cc.

Ia sering dibandingkan dengan Gilera Runner 200cc kerana menggunakan enjin yang sama dan keluaran Itali.

Ketika diberikan kunci motosikal Sport City, saya tidak banyak soalan mengenainya kerana yakin motosikal itu tidak banyak perbezaan dengan Gilera Runner milik saya.

Ketika menunggang menggunakan jalan Bentong lama, pengendaliannya cukup 'sempoi' dan memuaskan.

Setiap selekoh yang diambil dilakukan dengan cukup sempurna kerana ia menggunakan rim tayar 15 inci.

Malah, dengan kuasa pada enjin yang kuat, ia juga tidak menghadapi masalah ketika mendaki bukit.

Bagi reka bentuknya pula, ia lebih nampak eksekutif jika dibandingkan dengan Gilera. Tempat meletak barang di badan skuter ini agak menarik kerana anda boleh mengecaj telefon bimbit.

Cuma, saya mendapati tempat topi keledar agak kecil. Ia cuma boleh memuatkan satu topi keledar.

Papan meter pada Sport City kelihatan cukup moden jika dibandingkan dengan mana-mana motosikal skuter dipasaran.

Ia mudah dibaca penunggang. Papan meter pada skuter ini menunjukkan kelajuan meter dan waktu, suhu.

Penjimatan minyak memang ketara. Perjalanan sejauh 250 kilometer menggunakan lebuh raya hanya menggunakan isian petrol sebanyak RM22.

Kesimpulannya, motosikal Sport City 200 ini cukup selesa ditunggang di bandar atau perjalanan jauh. Ia berbaloi dimiliki untuk kegunaan harian.

Dengan harga RM14,218.45 (atas jalan) dan lebih murah dari Gilera, jentera ini tidak datang dengan murah.

Anda boleh memilih dua warna menarik iaitu perak dan hitam.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker