» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Citroen kembali mencabar

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, pengedar dan pengimport tunggal jenama Citroen, Brooklands Motors Sdn Bhd (Brooklands), memperkenalkan dua model terbarunya yang dijangka mendapat sambutan peminat automobil di negara ini.

SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, pengedar dan pengimport tunggal jenama Citroen, Brooklands Motors Sdn Bhd (Brooklands), memperkenalkan dua model terbarunya yang dijangka mendapat sambutan peminat automobil di negara ini.

Kedua-duanya ialah model sedan mewah C6 yang eksklusif dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Grand C4 Picasso berteknologi terkini.


Kedua-dua model itu mendapat sambutan memberangsangkan di Eropah selepas dilancarkan beberapa tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Brooklands, Muhammad Fadhil Ahmad, berkata pengenalan model sedan mewah C6 dan model MPV Grand C4 Picasso menandakan kembalinya Citroen di Negara ini.

"Kehadiran semula dua model terbaru Citroen di pasaran tempatan mendorong kami mensasarkan jualan mencecah 300 unit bagi MPV Grand C4 sementara bagi model sedan mewah C6 pula, sasarannya 30 unit dalam tempoh setahun," katanya.

Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan.

Hadir sama Pengurus Besar Serantau Citroen bagi Asia Selatan, Asia Tenggara dan Hong Kong, Benoit De Lassus.

Muhammad Fadhil berkata, C6 dicipta hasil gabungan model DS, SM, CX dan XM untuk pemanduan yang lebih eksklusif.

"C6 adalah kereta pertama yang menggabungkan suspensi hidrolik pada keempat-empat rodanya termasuk kawalan elektronik yang menyerap segala hentakan, gegaran atau hayunan dengan lebih baik.

"Bentuk fizikalnya yang panjang dan lebar serta ciri aerodinamik dipertingkatkan memberi kelebihan kepada ruang dalaman lebih luas, selesa selain perjalanan yang lancar," katanya.

C6 dijana enjin 3.0 L enam silinder (V6) 215 kuasa kuda pada 6,000 rpm manakala tork setinggi 290 Nm pada 3,752 rpm.

Ruang dalamnya disaluti kulit sepenuhnya dan model berkenaan menjadi kenderaan rasmi Presiden Perancis dan orang kenamaan di Eropah.

Dijual pada harga RM398,000, C6 turut didatangkan dengan jaminan dua tahun.

Sementara itu, bagi model Grand C4 Picasso, Citroen menawarkan ruang luas untuk memuatkan tujuh penumpang dewasa.

Walaupun diklasifikasikan sebagai MPV tujuh tempat duduk, Grand C4 tetap mengutamakan ciri lebih sporty berbanding model terdahulu.

Oleh kerana model berkenaan membawa tujuh penumpang dan muatan besar, Citroen tidak mengambil mudah faktor keselamatan jentera itu.

Hasil pemantauan dan ujian keselamatan ketat Citroen, model terbabit menerima anugerah lima bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.

Antara kelebihan Grand C4 adalah brek meletak kenderaan automatik, beg udara, kawalan pemanduan automatik dan paling menarik, setiap penumpang mempunyai ruang penyaman udara yang boleh dikawal secara individu.

Grand C4 Picasso dijana enjin 2.0 L 16 injap VVT berkuasa automatik empat kelajuan dengan 143 kuasa kuda dan tork 200 Nm pada 4,000 rpm.

Model tujuh tempat duduk itu dijual pada harga RM168,000 seunit.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker