» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom 10 peserta cuba nasib

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my



BAYANGKAN sekiranya dapat memandu pulang sebuah Subaru Impreza S-GT bernilai lebih RM185,000 yang bergaya sporty, canggih dengan gaya bentuk tersendiri tanpa perlu mengeluarkan wang sesen pun.

Impian memandu pulang kereta kompak idaman ramai itu bakal dirasai 10 peserta Cabaran Tapak Tangan Subaru Impreza Mix FM yang berlangsung ketika ini.


Peraduan itu memerlukan peserta memiliki azam, stamina serta daya tahan tinggi kerana pertandingan berkenaan mengambil masa kira-kira lapan jam.

Peserta hanya perlu meletakkan tapak tangan pada Impreza S-GT sambil menjalani siri ujian ketahanan sepanjang tempoh berkenaan.

Semua mereka akan mewakili Malaysia dalam Cabaran Subaru Impreza MediaCorp Radio, Pertarungan Serantau di Singapura, Sabtu ini.

Mereka akan bersaing dengan peserta pertandingan akhir dari Hong Kong, Filipina, Thailand dan Singapura untuk merebut hadiah utama terbabit iaitu Subaru Impreza S-GT.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Motor Image Group, Glenn Tan, peraduan terbabit yang pertama di negara ini bertujuan menggalakkan orang ramai keluar daripada zon keselesaan masing-masing dan berusaha mencapai matlamat mereka.

"Inilah kali pertama Subaru menganjurkan acara seperti ini dan berharap mendapat sambutan memberangsangkan," katanya yang juga pengedar tunggal Subaru di Asia Tenggara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker