» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Kereta kelima James Bond

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my



SERENTAK dengan tayangan filem terbaru James Bond, Quantum Of Solace, baru-baru ini, Shell Malaysia turut melancarkan kereta kelima ejen perisik British itu, Aston Martin DBS.

Menurut Pengurus Kanan Serantau (Runcit Pusat), Fong Lai Pong, semua kereta itu adalah koleksi unik dan barangan yang mesti dimiliki peminat James Bond.


"Kami sudah melancarkan empat jenis kereta pertama dalam koleksi ini dan sambutannya amat memberangsangkan.

"Dengan pelancaran kereta Aston Martin DBS ini, maka lengkaplah koleksi termasuk beg bimbit 'Spy' rekaan khas untuk dijadikan koleksi," katanya.

Promosi 'Kereta-Kereta Bond-Eksklusif untuk Shell' adalah kesinambungan daripada kempen koleksi kereta Shell-Ferrari yang mendapat sambutan luar biasa sebelum ini.

Koleksi kereta Bond mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia dilakukan buat pertama kali manakala Malaysia adalah negara pertama di dunia melancarkan koleksi kereta itu untuk Shell.

"Kami menjangka promosi ini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang arif menilai bahawa bukan semua minyak petrol itu setaraf, sama juga ejen perisik MI6 itu.

"Minyak Shell V-Power Racing bukan saja menjana kuasa dan prestasi yang lebih bertenaga kepada enjin malah membantu pemandu menikmati keseronokan memandu.

"Shell Super with Fuel Economy pula menjanjikan perjalanan dengan jarak kilometer lebih jauh," katanya.

Promosi 'Kereta-Kereta Bond - Eksklusif untuk Shell' mempamerkan kereta model James Bond edisi terhad yang dijual secara eksklusif di semua stesen petrol Shell di seluruh negara sehingga 17 Disember atau selagi stok masih ada.

Setiap model boleh dibeli dengan harga RM5.50 seunit apabila membeli sebarang minyak Shell bernilai RM40 ke atas atau rangkaian minyak pelincir Shell Helix.

Kereta model koleksi unik ini termasuk Sunbeam Alpine 5 seperti yang dilihat dalam filem 'Dr No', Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me), BMW Z3 Roadster (GoldenEye), Aston Martin DB5 (Goldfinger dan Thunderball) serta Aston Martin DBS daripada filem Casino Royale dan Quantum of Solace.

Selain itu, Shell juga menyediakan beg bimbit 'Spy' James Bond 007 rekaan khas yang eksklusif dan boleh dibeli dengan harga RM60 sebagai pelengkap koleksi itu.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker