» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Grand Vitara 2.0L beri kepuasan

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my


EKORAN permintaan tinggi orang ramai terhadap Kenderaan Utiliti Sport (SUV), Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (Suzuki Malaysia) yakin Grand Vitara 2.0L yang dilancarkan, baru-baru ini mampu memberi kepuasan kepada pembeli.

EKORAN permintaan tinggi orang ramai terhadap Kenderaan Utiliti Sport (SUV), Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (Suzuki Malaysia) yakin Grand Vitara 2.0L yang dilancarkan, baru-baru ini mampu memberi kepuasan kepada pembeli.

Model terbaru yang dipertingkatkan itu bukan sahaja mengalami beberapa perubahan luaran, malah beberapa ruang dalaman turut diberi nafas baru yang lebih bergaya.


Pengarah Urusannya, Ibrahim Maidin, berkata Grand Vitara generasi ketiga itu adalah SUV bertaraf global dan dijangka mampu mengukuhkan jualan syarikat dalam kategori berkenaan.

"Perubahan beberapa ciri luaran berjaya meningkatkan penampilan Grand Vitara di jalan raya, selain mengangkat reputasinya dalam segmen SUV.

"Dengan reka bentuk lebih agresif, teknologi dan kejuruteraan ke hadapan, Grand Vitara pasti mampu menarik pelanggan yang tinggal di kawasan bandar," katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Mohd Khamil Jamil; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan DRB-Hicom, Mohd Redza Shah Abdul Wahid; dan Timbalan Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Shinya Yokokawa.

Antara perubahan terbaru yang dijangka menarik perhatian adalah padanan dwi-warna, rekaan bumper hadapan bergaya, rim 17 inci dan brek cakera belakang.

Selain itu, ruang dalaman turut mengalami perubahan seperti paparan meter pelbagai fungsi, punat kawalan hawa dingin rekaan baru dan salutan fabrik terkini.

Dua beg udara berkembar, Brek Anti-Kekunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) adalah ciri standard bagi Grand Vitara.

"Kami mensasarkan 70 unit terjual setiap bulan berbanding 50 unit bagi tempoh sama sebelum ini," katanya.

Grand Vitara baru itu diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan ditawarkan dalam lima warna pilihan iaitu Bluish Black Pearl, Graphite Grey, Pearl White, Quasar Grey dan Twilight Purple.

Dijual pada harga RM113,900 (termasuk insurans), Grand Vitara menawarkan ciri pengendalian terkini dan dan sporty serta reka bentuk yang kelihatan teguh.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker