» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Pameran himpun model Mercedes

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my



PENGEDAR tunggal kenderaan mewah Mercedes-Benz diimport sepenuhnya (CBU), NZ Wheels Sdn Bhd, ini, melancarkan ruang pameran terbarunya, NZ Wheels Klang Autohaus, baru baru ini.

Ruang pameran itu yang diubah suai dan dipertingkatkan dengan kos RM3 Juta itu dilancarkan Ketua Pengarah Operasinya, SM Faisal SM Nasimuddin.


Menurutnya, pelaburan itu meliputi perkhidmatan inovatif, kemudahan dan hiasan dalaman yang bertemakan 'gaya hidup futuristik Malaysia' bertepatan dengan corak keunggulan jenama Mercedes-Benz.

"Sejak penubuhannya pada 1994, NZ Wheels Sdn Bhd berkembang pesat menjadi salah satu pengedar Mercedes-Benz yang sah dengan pelbagai pilihan model kenderaan.

"Oleh itu, bilik pameran ini haruslah dinaikkan taraf bagi mengekalkan taraf antarabangsa yang dipraktikkan Mercedes-Benz di seluruh dunia," katanya.

Pembukaan bilik pameran itu menjadikan NZ Wheels Klang Autohaus satu-satunya bilik pameran yang mempamerkan keseluruhan model kenderaan Mercedes-Benz.

Antara model khas yang boleh didapati termasuk SL 63 AMG, CL 500 dan GL 450 selain berupaya memenuhi pilihan pelanggan dari segi pemilihan warna dan material.

Selain bilik pameran, Autohaus dilengkapi ruangan niaga barangan Mercedes-Benz, pusat servis dan dan ruang khas model AMG.

"Bilik pameran ini direka khas sejajar dengan gaya hidup Mercedes-Benz dan menyediakan perkhidmatan lengkap untuk pelanggan termasuk perkhidmatan selepas jualan.

"Pelaburan sehingga RM3 juta ini menjadikannya antara pusat Mercedes-Benz terbaik di dunia", katanya.

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang sempurna, setiap kakitangan jualan dilantik sebagai perunding jualan Mercedes-Benz bertauliah (C-Sales Certified Consultants).

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker