» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Toyota persembah Prius jimat minyak






BERIKUTAN permintaan tinggi terhadap jentera mesra alam dan menjimatkan minyak, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) akan mempamerkan teknologi terkini, sistem Hybrid Synergy Drive (HSD) II bersempena Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), bermula esok.

Pameran selama tiga hari itu membolehkan orang ramai melihat lebih dekat teknologi yang diguna pakai dalam menghasilkan jentera mesra alam seperti Toyota Prius.


HSD II adalah enjin terbaru yang menggabungkan kuasa elektrik dan petrol yang membolehkan penggunaan minyak dikurangkan, endah alam dan tahap pencemaran bunyi lebih rendah.

Sistem berkenaan membolehkan enjin mengawal aliran kuasa terhadap kenderaan bergantung kepada jenis, berat dan kuasa pecutan sehingga menyamai kuasa enjin yang menggunakan bahan bakar sepenuhnya.

Dengan teknologi pintar ini, kenderaan yang dilengkapi HSD seperti Toyota Prius akan lebih menjimatkan berbanding kapasiti enjin sama.

Prius mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1997, yang dilengkapi dengan teknologi HSD sebelum Toyota mengeluarkan generasi kedua model sama tetapi dengan sistem HSD II yang dipertingkatkan.

Selepas kejayaan Prius, Toyota mula menguji keberkesanan sistem HSD terhadap beberapa lagi modelnya seperti van mini, Kenderaan Sport Utiliti (SUV) dan kenderaan pacuan roda belakang.

Permintaan terhadap sistem HSD memuncak apabila krisis kenaikan harga minyak mentah dunia yang melonjak pada tahun lalu sehingga jualan Toyota Prius meningkat sehingga melebihi 1 juta unit di seluruh dunia terutama sekitar Amerika Utara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker