» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Vroom

Vroom Eddy Wong ditabal 'Raja Bukit'






LALUAN sempit, selekoh tajam dengan gaung yang menggerunkan tidak mematahkan semangat 28 peserta Cabaran 4x4 Antarabangsa Bukit Larut 2008 bagi mencatatkan masa terpantas menawan puncak bukit setinggi 1,250 meter daripada aras laut itu.

Ditambah pula memecut laju menaiki bukit yang memiliki 97 selekoh tajam atau 'hairpin' bukan sahaja menguji skil pemanduan peserta, malah menguji kekuatan jentera yang dipandu mereka.


Peserta yang menawan puncak bukit itu dengan catatan masa terpantas atau mengatasi rekod masa sebelum itu ditabalkan sebagai 'Raja Bukit'.

Ternyata, gaung curam tidak menghalang peserta, Eddy Wong dan pembantunya, Romey Julius mencatat masa terpantas dan mengatasi rekod asal yang dipegang pemandu sebelum ini.

Eddy yang memandu Mitsubishi L200 mencatatkan masa 14 minit 40 saat, mengatasi rekod yang dipegang Chen Siong Chong, tahun lalu iaitu 15 minit sembilan saat.

Terdahulu, program yang dianjurkan Persatuan Pemotoran Malaysia (PPM) dan Akademik Four-trax 4x4 mendapat sokongan Tourism Perak.

Cabaran 4x4 Antarabangsa Bukit Larut kali kedua itu mendapat sambutan peserta dari luar negara seperti Taiwan, Jerman, Australia, Perancis, Australia dan Scotland dan dua peserta wanita.

Bermula selepas upacara pelepasan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, peserta memulakan cabaran pertama menempuh halangan mencabar (SS) pertama di kawasan lapang di Kamunting.

Hujan lebat sehari sebelum itu menjadikan kawasan berkenaan berlumpur dan licin.

Antara cabarannya termasuk meredah laluan tanah merah licin, jalan berbukit dan laluan berlumpur yang memerlukan kemahiran pemandu serta pembantu bekerjasama bagi mengelak kenderaan dari terbabas atau terbenam.

Deruman enjin pacuan empat roda pelbagai model itu turut menggamit kehadiran beberapa penduduk tempatan yang sanggup berpanas menyaksikan pelbagai aksi mendebarkan daripada peserta.

Selepas mengharungi laluan licin dan berlumpur, peserta di bawa ke SS2 yang memerlukan kelajuan dalam mengharungi laluan lurus berpasir, bersebelahan Pasar Raya Hypermarket Giant di Aulong.

Cuaca hujan menyebabkan peserta, Emanuel Wessel dan Julian Graf Hardenberg daripada pasukan Hansestadt Hamburg tergelincir ke longkang ketika melalui jambatan.

Bagaimanapun, pasukan dari Jerman yang memandu Nissan Terrano itu meneruskan perlumbaan selepas bantuan diberikan petugas.

Kemuncak acara berkenaan adalah perlumbaan 'Race to the Clouds' yang memerlukan peserta memecut menawan puncak Bukit Larut, seterusnya dinobatkan Raja Bukit.

Pada perlumbaan itu, ada antara peserta menghadapi masalah enjin ketika memecut laju, malah ada juga kenderaan peserta bergesel dengan tebing bukit yang meninggi.

Sementara itu, Presiden PPM, Datuk Dr Mohd Mydin Mohd Musa berkata, penganjuran program itu mencatat satu lagi sejarah tersendiri bagi peminat 4X4 di negara ini.

"Program kali kedua ini bukan sahaja membabitkan beberapa lokasi lebih mencabar, malah saingan sengit antara peserta dalam dan luar negara.

"Saya berharap penganjuran program ini dapat diteruskan di masa depan bagi melahirkan peserta tempatan berbakat," katanya.

Timbalan Pengarah Penganjur Cabaran 4X4 Antarabangsa Bukit Larut, Thomas Foo berkata, acara itu memberi pendedahan kepada mereka yang baru berjinak dengan aktiviti 4X4.

"Cabaran ini berbeza dengan aktiviti 4X4 lain kerana ia tidak memerlukan peserta menggunakan kenderaan dengan tayar lasak, kenderaan ditinggikan atau meredah hutan belantara beramai-ramai seperti sering diadakan sebelum ini.

"Ia adalah perlumbaan yang memerlukan masa terpantas yang hanya boleh diperoleh melalui teknik pemanduan atau skil yang bagus, selain kerjasama pembantu pemandu," katanya.

Katanya, program seperti itu memang sangat popular di luar negara.

"Saya menasihatkan peserta tidak melakukan pengubahsuaian melampau kerana ia akan menjejaskan prestasi pecutan jentera.

"Mereka boleh berlumba menggunakan kenderaan pacuan empat roda standard asalkan tahu mengawal kenderaan ketika mengharungi laluan ditetapkan," katanya.



KEPUTUSAN CABARAN 4X4 ANTARABANGSA BUKIT LARUT 2008

PEMENANG PERTAMA

Eddy Wong dan Romey Julius dari Malaysia (14 minit 40 saat)

- Mereka memandu Mitsubishi L200.

- Catatan ini adalah rekod baru.

- Wang tunai RM3,000 dan trofi pusingan Sultan Azlan Shah.



PEMENANG KEDUA

Brett Macnamara (Australia) dan Chris Will (Scotland).

- Mereka memandu Land Rover 109.

- Wang tunai RM2,000



PEMENANG KETIGA

Chen Siong Chong dan Seh Hock Eng (Malaysia)

- Mereka memandu Isuzu Rodeo.

- Wang tunai RM1,000.



JOHAN RAJA BUKIT

Eddy Wong dan Romey Julius dari Malaysia

Carian Artikel
Lain-lain artikel :




VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker