Hidangan Move It sempena Madagascar, Escape 2 Africa
MCDONALD’S Malaysia memperkenalkan menu terbaru, hidangan Move It sempena pelancaran filem animasi, Madagascar: Escape 2 Africa, baru-baru ini.
Naib Presiden Pemasaran, Komunikasi serta Pengguna & Perniagaan, Stephen Chew, berkata sebagai rakan rasmi filem itu, McDonald’s turut memperkenalkan pelbagai cenderahati filem berkenaan.
“McDonald’s tampil memperkenalkan barisan menu hidangan Move It iaitu Double McChicken, kentang goreng McShaker berperisa barbeku, minuman Green McFizz, McFlurry Milo serta hidangan sarapan pagi yang terdiri daripada McMuffin sosej bersama telur, kentang dan kopi premium.
“Selain itu, McDonald’s turut menyediakan empat rekaan cekak rambut menarik menyerupai watak singa (Alex), kuda belang (Marty), zirafah (Melman) serta badak sumbu (Gloria) yang boleh didapati pada harga RM5.90 setiap satu.
“Lapan jenis patung comel karakter lapan watak utama dalam filem ini juga boleh dimiliki dengan setiap pembelian set Happy Meal,” katanya.
|