Menu popular masakan Kantonis
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
RESTORAN Cina Zuan Yuan, Hotel One World, Petaling Jaya, menyediakan pelbagai menu popular masakan Kantonis.
Antaranya, sirip yu, sarang burung, kerang kering, abalon serta beraneka jenis sup.
Untuk hidangan utama, pelbagai jenis ikan serta makanan laut seperti kerapu, soo mei, goby, udang dan kerang-kerangan boleh dicuba.
Turut disediakan masakan kacang gingko bersama sayur campur, lobak merah serta sos tiram, gulungan sayuran rangup serta udang bersama sos masam manis.
Jangan ketinggalan mencuba hirisan ikan tuna bersama sos sawi, sup sirip ikan yu, ekor lembu rebus bersama badam, udang bersama salad mangga, tiram zuan yuan tiga perasa, itik Peking tradisional, daging burung kasuari bersama sos lada hitam serta beraneka jenis dim sum enak.
Selain ala carte, dim sum berkenaan boleh didapati dalam hidangan set iaitu set emperor dan set empress yang berharga RM38++ seorang.
Jangan ketinggalan untuk mencuba keenakan dumpling kukus empat warna, dumpling udang kukus bersama isi ketam, dumpling ayam kukus, dumpling keladi goreng bersama kerang dan sos miso serta gulungan pisang goreng berinti udang.
Melengkapkan lagi hidangan, nikmati pencuci mulut seperti jeli aloe vera bersama serai, puding mangga, ais krim buah-buahan, sirap pandan buah berangan dan krim sago.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-76811111.
|
|