Watak Transformers depan mata
USAH terkejut jika melihat robot diminati ramai, Optimus Prime® dan Starscream® meronda sekitar Ikano Power Centre, hujung minggu ini.
Robot berbangsa Autobot® dan Decepticon® yang bersaiz manusia itu diundang sebagai tetamu khas pada acara Transformers® HBO, di Atrium Ikano Power Centre, Kuala Lumpur pada 21 November sehingga 23 November ini.
Kehadiran mereka bersempena tayangan perdana filem Transformers® pada 21 Disember jam 9 malam di rangkaian HBO Asia.
Pada acara berkenaan, pengunjung berpeluang menyaksikan Starscream® berubah daripada robot kepada pesawat jet dan kembali menjadi robot, di hadapan mata.
Malah, pengunjung juga tidak harus melepaskan kesempatan mengambil gambar bersama Optimus Prime® pada acara terbabit.
Pertemuan dengan robot ikon ini pastinya sesuatu yang istimewa apatah lagi setiap satu robot berkenaan dibina dan dipasang untuk kelihatan serupa dengan watak Transformers® dalam filem berkenaan.
Acara hujung minggu itu dipenuhi dengan permainan dan aktiviti menyeronokkan sekali gus membolehkan pengunjung memenangi hadiah menarik.
Beberapa permainan yang mudah dan menarik disediakan selama tiga hari berkenaan termasuk memasang patung Transformers® dalam masa paling cepat, meniru bunyi Transformers®, mencipta kelengkapan Transformers® serta menamakan segala watak Transformers® seperti yang dilihat dalam filem.
Di samping itu, 20 pengunjung pertama yang tiba untuk menghadiri acara Transformers® HBO pada Sabtu 22 November dengan berpakaian seperti Transformers® atau muncul dengan robot kecil Transformers®, berpeluang merangkul beg hadiah bernilai lebih RM300 setiap satu.
Untuk menuntut hadiah berkenaan, pengunjung hanya perlu bertemu wakil HBO di sana.
Bagi menyaksikan kehadiran robot berkenaan pada Jumaat 21 November ini, mereka bakal muncul mulai jam 6 petang hingga 10 malam. Untuk acara pada 22 dan 23 November (Sabtu dan Ahad) pula, robot terbabit boleh ditonton mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.
|
|