Analisis cegah rompakan bank
SISTEM analisis bukan saja digunakan untuk mencapai sasaran perniagaan dalam perbankan, malah ia digunakan untuk mengelakkan rompakan bank berlaku sama ada di ibu pejabat atau cawangan.
Ketua Penggunaan Platform Maklumat Enterpris (EIP) SAS Malaysia, Allan Tham, memaklumkan sistem analisis di gunakan Bank Absa di Afrika Selatan untuk melindungi pelaburan pelanggannya dengan kemampuan mengenal pasti karakter cawangannya.
“Karakter yang dimaksudkan ialah identiti cawangan yang memiliki potensi untuk dirompak serta tahap keselamatan di sana,” katanya.
Menurutnya, selepas mengguna pakai sistem SAS, rekod menunjukkan rompakan bersenjata menurun sehingga 41 peratus dalam tempoh dua tahun dengan pengurangan 38 peratus kehilangan wang pelanggan.
“Malah analisis digunakan bagi membantu bank seperti HSBC untuk mengawal transaksi kewangan bagi menge lakkan penyalahgunaan kad kredit walaupun transaksi belum dilakukan,” kata Tham.
Tahap keselamatan yang dapat dijamin menggunakan ana lisis membantu meningkatkan kecekapan dalam operasi serta melindungi pelanggan.
Dalam pada itu, SAS melancarkan Platform Enterpris Pintar (EIP) 9.2, edisi terkini yang membawa sistem analisis ke peringkat lebih baik dengan kajian data lebih terperinci melalui pengurusan dan kerjasama data.
|