» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Buku dalam peranti

Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my


BUDAYA membaca menjadi tunjang kehidupan manusia untuk memperoleh pengetahuan dan buku adalah medium terbaik bagi menyampaikan ilmu kepada berbilion penduduk dunia.

BUDAYA membaca menjadi tunjang kehidupan manusia untuk memperoleh pengetahuan dan buku adalah medium terbaik bagi menyampaikan ilmu kepada berbilion penduduk dunia.

Buku dikaitkan dengan sumber paling rapat dengan ilmu, yang mana dengan adanya buku, di situlah segenap penge tahuan dapat disumbatkan ke dalam minda pembaca.


Namun fizikal atau ketebalan buku itu sendiri sebenarnya bergantung kepada sebanyak mana ilmu serta kandungan yang hendak disalurkan.

Kini zaman berubah dari era fizikal kepada digital, begitu juga dengan buku boleh berubah dari ratusan muka surat yang tebal dan berat kepada satu peranti digital yang hebat.

Tidak dinafikan kaedah tradisional membaca buku tidak mungkin terhapus memandangkan ia satu-satunya bentuk keindahan apabila dapat menyelak satu demi satu helaian, namun pendigitalan buku mungkin alternatif yang mampu membawa dimensi baru dalam menyerap pengetahuan.

Satu ketika dulu, kita memiliki pemain kaset untuk me mutarkan lagu kegemaran yang kemudian mengalami evolusi sehingga manusia mengenali pemain cakera padat (CD) pada sekitar 90-an.

Zaman dan teknologi berubah pantas, kini semakin kurang kita lihat pengguna menikmati lagu dari pemain CD yang digantung pada pinggang mereka apabila kedatangan peranti baru yang lebih menarik, mudah dan kecil, lalu terus mendapat perhatian pasaran yakni pemain MP3 atau MP4.

Konsep yang sama boleh diguna pakai dalam industri pembukuan melalui pengenalan buku elektronik atau e-buku kerana ia memiliki aplikasi yang boleh diperoleh melalui perkakasan khas atau digabungkan bersama MP4.

Bukan asing bagi pengguna mengenali e-buku, tetapi, di Malaysia, pengedarannya masih kurang.

Sukar dipastikan ketidakpopularan e-buku itu sama ada disebabkan tiada syarikat yang mahu menghasilkan peranti atau tahap kesedaran dalam memupuk budaya membaca masih kurang atau inisiatif yang mahal atau mungkin ada golongan yang sengaja tidak mahu mengenengahkannya kerana bimbang banyak syarikat buku atau percetakan akan tutup.

Adakah rakyat Malaysia bersedia menerima e-buku sebagai peranti masa depan baru tanpa membelakangkan kaedah tradisional membaca?

Tabiat malas membaca di kalangan rakyat negara ini dapat dikurangkan melalui e-buku kerana alasan kesukaran mem bawa banyak buku, jurnal, bahan ilmiah yang berat dapat dimampatkan dengan satu peranti kecil seperti telefon bimbit, MP4 atau perkakasan e-buku lain.

Kesedaran penggunaan peranti digital untuk e-buku di negara ini dan Jepun jauh berbeza. Di sana, jualan e-buku ke telefon bimbit pengguna mencecah RM49 juta pada 2006 ekoran manfaat diperoleh rakyatnya yang menganggap ia sebagai alternatif tanpa perlu risau mengenai berat buku.

Gajet mudah alih yang memiliki kemudahan memaparkan teks dan foto menarik perhatian pengguna di Jepun melalui perisian khas bagi menyokong pindah turun judul buku dari Internet.

Apalagi yang perlu ditangguh rakyat negara ini untuk mengguna pakai sepenuhnya teknologi sedia ada ditambah pula rebat cukai pendapatan RM1,000 sudah memadai untuk menggalakkan budaya membaca.

Kajian menunjukkan rakyat negara ini menghabiskan dua pertiga masa terluang bukan dengan membaca, tetapi me nonton televisyen manakala pada 1996, didapati purata penduduk negara ini membaca hanyalah dua buku dalam setahun jika dibandingkan penggunaan komputer dan se bagainya.

Inilah masa sesuai untuk penerbit, pengarang, penulis karya atau ahli akademik memanfaatkan ruang digital yang ada dengan memandang serius penggunaan e-buku.

Enjin carian terkemuka dunia, Amazon menjadi popular dalam mengeluarkan peranti e-buku apabila pantas me ngeluarkan Kindle tahun lalu yang berharga kira-kira RM1,315.

Peranti seberat 280 gram itu dengan resolusi paparan 600 x 800 piksel itu ternyata mendapat perhatian penduduk Ame rika Syarikat apabila diperkenalkan kerana saiznya yang kompak dan mampu memuatkan sehingga 200 buku me mudahkan pembaca menyimpan lebih banyak judul yang diminati.

Revolusi terbaru yang tidak memerlukan kabel, kesepaduan dengan peranti lain dan komputer mendapat tempat di pasaran dengan pengguna berkeupayaan membeli buku di Kindle Store menggunakan kemudahan sambungan tanpa wayar khas.

Penghantaran buku melalui sambungan tanpa wayar itu dikendalikan teknologi khas Amazon iaitu rangkaian data berkelajuan tinggi (EVDO) atau Whispernet bertindak se olah-olah WiFi kepada pengguna yang mahu memesan buku dari stor syarikat itu.

Dengan lebih 115,000 buku yang didapati secara online, Kindle wadah baru dalam industri yang dipersetujui ramai penulis terkemuka seperti Micheal Lewis, Guy Kawasaki, James Petterson, Neil Gaiman dan Anita Diamant.

Tawaran serendah RM25 untuk sebuah judul yang turut diiktiraf New York Times Best Sellers dan tempoh peng gunaan bateri yang lama sehingga menjangkau seminggu apabila pengguna mengecas selama dua jam membolehkan peranti ini dipercayai ulat buku di AS.

Organisasi yang bertanggungjawab menghasilkan teknologi e-buku ialah E Ink Corporation yang memproses filem tertentu disepadukan untuk paparan elektronik bukan saja untuk Amazon, malah jenama lain seperti Sony Reader, iLiad, Readius dan Cybook Gen3 manakala peranti Motorola F3 menjadi telefon bimbit pertama mengaplikasikan teknologi E Ink.

‘Dakwat’ elektronik yang diusahakan E Ink memiliki jutaan kapsul mikro mempunyai cas positif dan negatif untuk memaparkan tulisan pada e-buku yang dimampatkan dalam filem khas sebelum dimuatkan melalui lapisan sirkit elek tronik dipacu oleh pemprosesan tertentu.

Berbalik kepada e-buku, penerbit perlu bersedia menerima perubahan teknologi dan memandang potensi e-buku sebagai kaedah baru yang afdal untuk memasarkan karya tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif, iGroup Print (penerbit buku), Amerika Syarikat, George J Farina, berkata penerbit perlu memerhatikan sistem digital sebagai alternatif bagi me menuhi keperluan khalayak yang memerlukan maklumat dalam masa sepantas mungkin.

“Pada era penggunaan komputer semakin kuat, maklumat boleh dipindah turun dengan cepat. Kini e-buku yang boleh dicapai dengan mudah. Fenomena ini dilihat sebagai lebih terkehadapan dalam dunia penerbitan,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Md Sidin Ahmad Ishak mendedahkan jurnal akademi secara online akan mendapat perhatian kerana 17 jurnal dengan tajuk terpilih kini diterbitkan yang mengisi lapan peratus penerbitan jurnal secara elektronik di bawah label ilmiah.

“Rakyat Malaysia kini lebih terbuka dalam komunikasi ilmiah yang memanfaatkan sumber elektronik dengan pe nerbit mampu menyebarkan pengeluaran penyelidikan,” kata Md Sidin.

E-buku bukan saja mampu memberi manfaat kerana saiznya atau keupayaan mudah alih namun secara tidak langsung ia dapat menyelamatkan bumi daripada pengeluaran kertas yang banyak hasil potongan jutaan kayu balak.

Harga buku mungkin dapat dikurangkan kerana kos pro duksi jauh lebih murah apatah lagi kenaikan bahan mentah untuk pembikinan buku secara fizikal mampu dihapuskan dengan teknologi percetakan digantikan pemodenan storan yang kecil dari segi fizikalnya.

Di samping itu, teks yang terdapat dalam buku boleh dicapai dengan mudah melalui enjin carian atau keupayaan yang disepadukan dengan kamus.

Satu peranti, ratusan buku. Jika mengambil contoh Kindle oleh Amazon, storan 200 buku yang mampu dimuatkan, dimasukkan atau dipindahkan mampu menjimatkan sudut bacaan di rumah apatah lagi ia mampu dibawa ke mana saja dengan berat yang ringan.

Kepantasan mendapatkan bahan bacaan akan lebih terjamin apabila aksesnya dapat dipermudahkan dengan pengguna tidak lagi perlu ke kedai buku terdekat apabila Internet menjadi medium untuk mendapatkannya.

Namun sebelum e-buku menjadi aliran terkini dalam industri buku, pengeluar produk perlu berhati-hati dengan jangka hayat bateri yang dijangka menjadi masalah utama pembaca.

Manakala kemungkinan format buku berubah mengikut perkakasan vendor menyukarkan penerbit atau pengguna yang memiliki peranti lama.

Permulaan membeli peranti mungkin sedikit mahal jika mengambil contoh produk Kindle (lebih RM1,000) atau Sony Reader (hampir RM800) yang mengundang jenayah seperti kecurian pada masa akan datang.

Dalam hal lain pula, buku berasaskan kertas tidak terlalu sensitif berbanding e-buku.

Pengguna boleh melompat atasnya, melompat atau mem baling sesuka hati, tetapi jika perbuatan sama dilakukan dengan e-buku tentu anda terpaksa mengeluarkan belanja lain nanti.

Sarjana terkemuka, Bradley F James dalam artikelnya ber tajuk ‘The Electronic Book and PDA: Looking Beyond the Physical Codex’ menekankan kelebihan e-buku sebagai sum ber ilmu pembaca yang menjadi akses pantas kepada peng guna.

Menurutnya, e-buku menawarkan pelbagai pilihan dari segi jenis tulisan, pencarian teks serta kaedah pembacaan ketika berada dalam suasana gelap, malah antaramukanya lebih ‘hidup’ apabila digabungkan dengan grafik atau video untuk interaktif lebih baik.

Tambahnya, perpustakaan juga mendapat manfaat tam bahan jika dilihat dari sudut ruang, sistem penyusunan buku secara tradisional, menyelia buku dan pekerja bukan lagi isu besar yang perlu dipeningkan.

Meskipun e-buku adalah tawaran baru kepada pembaca, cara tradisional tidak boleh dilupuskan serta-merta kerana e-buku adalah alternatif yang melengkapkan budaya mem baca itu sendiri.

Membaca melalui e-buku menyorong pelbagai ilmu untuk dimasukkan dalam minda sebagai pengetahuan kekal.

Galakan membaca dalam bentuk digital selari kepesatan teknologi menyebabkan rakyat tiada alasan lagi sebenarnya untuk mengatakan tidak ada masa untuk membaca.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker