RM1.2j barang cetak rompak dirampas
Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my
PELBAGAI jenis komputer dan perisian cetak rompak bernilai RM1.2 juta dirampas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dalam beberapa siri operasi dijalankan di seluruh negara sejak awal tahun ini.
Terbaru, syarikat berkaitan perkhidmatan landskap yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu diserbu pihak KPDNHEP kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak.
Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP, Mohd Roslan Mahayudin, berkata sejak Januari lalu, pihaknya melakukan lebih 10 serbuan ke atas syarikat di seluruh negara yang disyaki menggunakan perisian atau produk yang tidak di lesenkan secara sah ketika menjalankan operasi syarikat.
“Awal Mei lalu, pegawai penguat kuasa KPDNHEP ca wangan Wilayah Persekutuan dibantu Perikatan Perniagaan Perisian (BSA) menyiasat dakwaan syarikat perkhidmatan landskap itu dan mendapati mereka memindah turun perisian cetak rompak dalam komputer pejabat,” katanya.
Menurutnya, pegawai penguat kuasa tidak mempunyai pilihan lain tapi perlu menyita tujuh komputer yang di anggarkan bernilai RM21,000 serta 23 salinan perisian cetak rompak berjumlah RM140,000.
Roslan berkata, 10 serbuan yang dilakukan penguat kuasa membolehkan 44 komputer dirampas serta 406 salinan perisian cetak rompak.
“Analisis terhadap semua syarikat itu menunjukkan mereka memiliki perniagaan daripada pelbagai industri termasuk pembekal penyelesaian keselamatan elektronik, pembekal laman web, pereka, pengeluar sistem storan dan sebagainya,” katanya.
Kebanyakan perisian cetak rompak yang diserbu berkaitan suntingan foto, animasi, perlindungan anti virus, sistem operasi yang sepatutnya dimiliki ahli BSA seperti Adobe, Autodesk, Microsoft, Symantec dan sebagainya.
Kata Roslan, berkata pihaknya mendapati ramai pemilik syarikat korporat tidak menyedari mereka menggunakan perisian tiruan walaupun peningkatan operasi oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.
“Pemilik syarikat perlu melakukan memeriksa menyeluruh ke atas perisian komputer mereka bagi memastikan produk yang dipakai adalah tulen terutama ketika kempen Sikap Tulen kini masih dilaksanakan,” tambahnya.
Penggunaan perisian komputer tiruan ditegah di sisi un dang-undang negara dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau lima tahun penjara di bawah Akta Hak Cipta 1987.
|
|