Internet guna Linksys
Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my
PEMBEKAL perkakasan Suara Melalui Protokol Internet (VoIP), tanpa wayar dan rangkaian untuk pengguna dan perniagaan kecil, Linksys (salah satu bahagian dalam Cisco) mengumumkan produk 'router' baru bagi pasaran tempatan.
Segmen produk terbaru itu termasuk model Wireless-G Broadband Router (WRT54G2), Ultra RangePlus Wireless-N Broadband Router (WRT160N) dan Ultra RangePlus Wireless-N Gigabit Router (WRT310N).
Model ini memiliki reka bentuk unik antaranya antena dalaman serta dimuatkan bersama perisian Linksys Easylink Advisor (LELA) membantu memudahkan pemasangan rangkaian yang mesra pengguna walaupun mereka tidak memiliki sebarang kemahiran teknologi maklumat (IT).
Kajian Linksys menunjukkan reka bentuk tiga model ini adalah pilihan paling tepat dari 160 rekaan yang diselidik dengan penyesuaian untuk ditempatkan di rumah atau pejabat.
Ciri keselamatan juga dipertingkatkan melalui ketiga-tiga model ini dengan konfigurasi perlindungan dilakukan dengan hanya menyentuh satu butang iaitu Penetapan Perlindungan WiFi (WPS).
>Spesifikasi
PRODUK: WRT54G2
HARGA: RM175
STANDARD: IEEE 802.3, 802.3u, 802.11g, 802.11b
JENIS KABEL: CAT5
PORT: Satu port 10/100 RJ-45 (internet), empat port 10/100 RJ-45 (LAN)
KESELAMATAN: SPI, Firewall, Polisi Internet
CIRI: perisian LELA, WPS
DIMENSI: 203 x 35 x 160mm
BERAT: 0.28kg
>Spesifikasi
PRODUK: WRT160N
HARGA: RM320
STANDARD: Draft 802.11n, 802.11g, 802.11b, 802.3, 802.3u
JENIS KABEL: CAT 5e
PORT: Internet, Ethernet, port tenaga
KESELAMATAN: WEP, WPA, WPA2
CIRI: perisian LELA, WPS
DIMENSI: 202 x 34 x 160mm
BERAT: 0.38kg
>Spesifikasi
PRODUK: WRT310N
HARGA: RM469
STANDARD: Draft 802.11n v2.0, 802.11g, 802.11b, 802.3, 802.3u, 802.3ab
JENIS KABEL: CAT 5e
PORT: Internet, Ethernet, port tenaga
KESELAMATAN: sehingga enkripsi tanpa wayar 256 bit, SPI Firewall
CIRI: perisian LELA, WPS
DIMENSI: 202 x 34 x 160mm
BERAT: 0.34kg
|
|