Internet guna LinksysOleh Afiq Hanifmafiq@hmetro.com.my PEMBEKAL perkakasan Suara Melalui Protokol Internet (VoIP), tanpa wayar dan rangkaian untuk pengguna dan perniagaan kecil, Linksys (salah satu bahagian dalam Cisco) mengumumkan produk 'router' baru bagi pasaran tempatan.
Segmen produk terbaru itu termasuk model Wireless-G Broadband Router (WRT54G2), Ultra RangePlus Wireless-N Broadband Router (WRT160N) dan Ultra RangePlus Wireless-N Gigabit Router (WRT310N). Model ini memiliki reka bentuk unik antaranya antena dalaman serta dimuatkan bersama perisian Linksys Easylink Advisor (LELA) membantu memudahkan pemasangan rangkaian yang mesra pengguna walaupun mereka tidak memiliki sebarang kemahiran teknologi maklumat (IT). Kajian Linksys menunjukkan reka bentuk tiga model ini adalah pilihan paling tepat dari 160 rekaan yang diselidik dengan penyesuaian untuk ditempatkan di rumah atau pejabat. Ciri keselamatan juga dipertingkatkan melalui ketiga-tiga model ini dengan konfigurasi perlindungan dilakukan dengan hanya menyentuh satu butang iaitu Penetapan Perlindungan WiFi (WPS). >Spesifikasi PRODUK: WRT54G2 HARGA: RM175 STANDARD: IEEE 802.3, 802.3u, 802.11g, 802.11b JENIS KABEL: CAT5 PORT: Satu port 10/100 RJ-45 (internet), empat port 10/100 RJ-45 (LAN) KESELAMATAN: SPI, Firewall, Polisi Internet CIRI: perisian LELA, WPS DIMENSI: 203 x 35 x 160mm BERAT: 0.28kg >Spesifikasi PRODUK: WRT160N HARGA: RM320 STANDARD: Draft 802.11n, 802.11g, 802.11b, 802.3, 802.3u JENIS KABEL: CAT 5e PORT: Internet, Ethernet, port tenaga KESELAMATAN: WEP, WPA, WPA2 CIRI: perisian LELA, WPS DIMENSI: 202 x 34 x 160mm BERAT: 0.38kg >Spesifikasi PRODUK: WRT310N HARGA: RM469 STANDARD: Draft 802.11n v2.0, 802.11g, 802.11b, 802.3, 802.3u, 802.3ab JENIS KABEL: CAT 5e PORT: Internet, Ethernet, port tenaga KESELAMATAN: sehingga enkripsi tanpa wayar 256 bit, SPI Firewall CIRI: perisian LELA, WPS DIMENSI: 202 x 34 x 160mm BERAT: 0.34kg |