Sony tampilkan laptop unik
SONY Malaysia pantas membuka peluang memperkenalkan laptop siri VAIO CR terhad iaitu VGN-CR353G dengan kemasan kulit ala biawak yang menemui pengguna di negara ini.
Edisi terhad ini ditampilkan bagi memberikan keunikan kepada si pemakai dengan menyerlahkan ketrampilan serta membolehkan mereka kelainan daripada pengguna lain.
Bahan digunakan berasaskan kulit dengan diselaputi kemasan gelas yang kemudiannya didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah jambu.
Ciri teknologi dengan produk ini termasuk pemacu cakera keras 250 gigabait serta sistem pemprosesan Intel Core2 Duo Processor T8100.
Selain itu, ia memiliki sistem operasi Windows Vista Home Premium (Versi Inggeris) dengan pek tambahan bahasa Cina Tradisional.
>Spesifikasi
PRODUK: Sony VAIO CR Lizard Skin
HARGA: RM4,688
PEMPROSESAN: Intel Core2 Duo Processor T8100
SISTEM OPERASI: Windows Vista Home Premium
SET CIP: Mobile Intel PM965 Express
MEMORI: 2GB DDR2 SDRAM
CAKERA KERAS: 250GB
PAPARAN: 14.1 inci
DIMENSI: 335.1 x 21-38.3 x 249 mm
BERAT: 2.5kg
|