Nokia E71, E66 ada tenaga, gaya
Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my
PENGELUAR telefon bimbit terbesar dunia, Nokia menampilkan dua telefon bimbit baru dalam siri E yang lebih bergaya dan mempermudahkan inovasi e-mel yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana saja.
Nokia E71 dan E66 dilancarkan pada majlis Nokia Connections 2008 di Singapura, minggu lalu dengan harapan dapat memenuhi keperluan menyeluruh golongan profesional masa kini.
Naib Presiden Jualan, Nokia Asia Tenggara dan Pasifik, Chris Carr, berkata Nokia E71 dan E66 dibangunkan khusus untuk pengguna yang menerajui gaya hidup mudah alih dan inginkan kepantasan serta kemudahan untuk mencapai e-mel peribadi atau kerja.
"Pembangunan kedua-dua model ini berdasarkan maklum balas pengguna yang inginkan fungsi kalendar dan maklumat kenalan diletakkan di atas satu butang pantas. Selain itu mereka juga inginkan peranti yang lebih anggun dan bergaya," katanya.
"Keluli tahan karat dipilih sebagai bahan utama untuk membuktikan daya keutuhan dan sentuhan berkelas. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai aplikasi multimedia terkini sebagaimana yang diinginkan oleh pengguna walaupun mereka sibuk dengan tugasan harian," katanya.
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia E71
HARGA: Anggaran RM1,785 (sebelum cukai)
RANGKAIAN: WCDMA 850/2100, WCDMA 900/2100, WCDMA 850/1900, HSDPA, GSM/EGSM 850/900/1800/1900 MHz
ANTARAMUKA PENGGUNA: Platform S60
SISTEM TANPA WAYAR: WLAN (IEEE 802.11g)
PEMETAAN: Assisted GPS (A-GPS)
KAMERA: 3.2MP
SKRIN: LCD QVGA 2.36 inci (320 x 240)
E-MEL: Nokia Intellisync Wireless Email, POP/IMAP dan rumusan e-mel pihak ketiga
STORAN: 110MB (dalaman), kad microSD (sehingga 8GB)
KESELAMATAN DATA: Sistem enkripsi
BATERI: Litium polimer BP-4L, 1500mAh
DIMENSI: 114 x 57 x 10mm
BERAT: 126gm
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia E66 (reka bentuk gelongsor)
HARGA: Anggaran RM1,785 (sebelum cukai)
RANGKAIAN: WCDMA 850/2100, WCDMA 900/2100, WCDMA 850/1900, HSDPA, GSM/EGSM 850/900/1800/1900 MHz
ANTARAMUKA PENGGUNA: Platform S60
SISTEM TANPA WAYAR: WLAN (IEEE 802.11b/g)
PEMETAAN: Assisted GPS (A-GPS)
KAMERA: 3.2MP
SKRIN: LCD QVGA 2.4 inci
E-MEL: Nokia Intellisync Wireless Email, POP/IMAP dan rumusan e-mel pihak ketiga
STORAN: 110MB (dalaman), kad microSD (sehingga 8GB)
BATERI: Ion litium BL-4U, 1000mAh
DIMENSI: 107 x 57 x 10mm
BERAT: 121gm
|
|