» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro HP Voodoo akan ke Asia






KOMPUTER peribadi (PC) dan notebook Voodoo yang dikategorikan dalam peranti khusus untuk permainan komputer kini dipertimbangkan semula untuk dipasarkan ke Asia.

Naib Presiden Kanan, Kumpulan Sistem Personal, HP Asia Pasifik dan Jepun, Adrian Koch, berkata HP akan menimbang semula pasaran ke Asia Pasifik selepas mendapat maklum balas baik dari pelanggan.


“Pada awalnya HP Voodoo untuk pasaran selain Asia Pasifik terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Namun disebabkan maklum balas baik dari pelanggan, kami menimbang semula untuk memasarkannya di sini,” katanya.

HP memperkenalkan notebook ultra mudah alih Voodoo Envy 133 dengan gaya berperibadi mewah dan berteknologi tinggi.

Hanya setebal 0.7 inci dan berat kira-kira 1.5 kilogram, ia dibangunkan berasaskan gentian karbon canggih dan kejuruteraan termal.

Walaupun nipis, namun ia lengkap kerana inovasinya seperti PC lain yang turut dilengkapi pelabuh Ethernet terbina di dalam unit pembekal kuasa, selain mempercepatkan proses boot untuk memberikan kepuasan menyeluruh serta capaian segera ke perisian pelunsur Internet dan Skype.

Voodoo Omen pula adalah PC desktop yang menggabungkan kejuruteraan unggul dari penyepaduan paip penyejuk cecair kuprum, skrin LCD kecil dan chasi alumunium.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker