» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Cipta makhluk sendiri di Spore






HEWLETT-Packard Company (HP) menjalin hubungan strategik dengan Electronic Arts Inc (EA) bagi membangunkan game komputer interaktif dikenali sebagai Spore Creature Creator yang boleh dipindah turun versi percubaannya mulai pertengahan Julai depan.

Naib Presiden Pemasaran, Kumpulan Sistem Personal, HP Asia Pasifik dan Jepun, Ajay Mohan, berkata dengan EA dan Spore, HP mendapati terdapat sinergi yang kuat dalam menyediakan semua pelanggan kepada satu pengalaman unik.


“Pelanggan boleh mencipta makhluk Spore mereka sendiri untuk menggalakkan daya kreativiti dan imaginasi. Ia dibangunkan untuk meningkatkan pengalaman dan menikmati teknologi dengan kaedah yang lebih relevan,” katanya.

“Spore Creature Creator menyediakan perkakasan yang amat bertenaga dan intuitif kepada pengguna untuk menyampaikan daya kreativiti dan berkongsi ciptaan mereka dengan rakan lain di seluruh dunia apabila ia diposkan kepada penerbit,” katanya.

Spore adalah game interaktif daripada pencipta game terkemuka The Sim, untuk membolehkan pemain mencipta sendiri makhluk, kehidupan, mewujudkan kaum, membina masyarakat, mewujudkan dunia sendiri dan berkongsi dengan pencipta lain.

Sebagai sebahagian dari inisiatif pemasaran, Ajay berkata HP bersama EA dan MTV Asia Network melancarkan pertandingan mencipta makhluk Spore mulai pertengahan Julai ini.

“Peserta digalakkan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk mencipta makhluk. Untuk menambah keseronokan, mereka boleh melihat dan bermain dengan makhluk Spore lain yang dicipta oleh VJ MTV dan selebriti,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layari laman web www.SporeShow.com.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker