CommunicAsia 2008 tetap meriahOleh Afiq Hanif dan Husain Jahitmafiq@hmetro.com.my, husain@hmetro.com.my COMMUNIC Asia dilabelkan sebagai pembuka selera sya rikat berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mencongak peluang mereka mengetengahkan inovasi terkini yang sedia menanti pengguna serta menjadi penggerak masa depan baru.
Kebanyakan syarikat tidak kira yang masih belum popular atau sudah mempunyai ‘cop’ nama besar dalam industri bersedia untuk meneroka peluang perniagaan sekali gus membolehkan mereka menaikkan jenama di pasaran. Ketika ia diadakan pada 2000, sebanyak 66 syarikat ICT tempatan dan gergasi dunia termasuk Lucent Technologies, Ericsson, Nokia, Motorola, Sun Microsystems, Philips, Nortel Networks, Marconi Communications, NTT DoCoMo, Sam sung, Panasonic dan Starhub menyertai pameran itu. Manakala ketika ia dilangsungkan enam tahun berikutnya menunjukkan ia berjaya menarik penyertaan lebih 2,300 syarikat dari 60 negara, termasuk 21 kumpulan negara dari India, Malaysia, Thailand, Amerika Syarikat, Korea, Kesatuan Eropah dan China. Malah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sendiri mengetuai sekumpulan 19 syarikat ICT Malaysia termasuk Telekom Malaysia Bhd, Le Blanc, Measat Satellite Systems Sdn Bhd, Time Dot Com Berhad dan Green Packet Berhad untuk turut serta dibawah naungan balai pameran kebangsaan Malaysia. Teknologi utama yang dipamerkan termasuk hiburan mu dah alih, televisyen protokol internet (IPTV), 3G, VoIP, WiMAX, keselamatan maklumat, teknologi terbina dalam, perbankan dan kewangan, serta teknologi e-kerajaan. Namun agak mendukacitakan apabila CommunicAsia 2008 kehilangan nama besar seperti Nokia, Sony Ericsson, Nokia Siemens Network serta Motorola yang meninggalkan LG dan Samsung saja bersaing di bilik pameran masing-masing. Mengikut pemerhatian it@Metro, CommunicAsia 2008 hambar apabila deretan pengunjung yang mendaftarkan diri di kaunter tidak sehebat tahun lalu. Dewan Pameran 1 hingga 5 pun tidak menunjukkan tanda sesak seperti yang selalu terjadi dalam dua tiga tahun sebelum ini. Nasib baik pada kali ini, dua vendor telefon bimbit iaitu LG dan Samsung tampil dengan dua peranti berasaskan skrin sesentuh yang mampu menjadi aliran terkini pengguna. Reka bentuk berorientasikan skrin sesentuh menjadi se makin popular walaupun kepada pengguna yang tidak meng gemari pembantu peribadi pintar (PDA). LG berbangga kerana berjaya menghasilkan model KF750 yang bertindak sebagai peranti multimedia kepada si pemakai dengan ciri teknologi unggul. Model terbabit membolehkan pengguna mengeksploitasi sepenuhnya skrin sesentuh untuk merakam foto, bermain video, mendengar muzik dan melayari internet. Bukan itu saja, ia model pertama dalam barisan produk LG yang menampilkan teknologi Sentuhan Neon apabila butang maya akan menyerlah ketika skrin disentuh. Menurut Naib Presiden dan Ketua Perniagaan Serantau untuk Komunikasi Mudah Alih Asia Pasifik, Bo H Choi, berkata KF750 sarat dengan fungsi hebat seperti pengenalan bahan tahan lasak yang meliputi peranti ini diperbuat daripada karbon fiber dan memiliki resolusi kamera sehingga lima megapiksel. “Tidak cukup dengan itu, KF750 didatangkan dengan pakej Google memungkinkan pengguna menikmati akses carian internet, emel, memuatkan video dalam YouTube, dan inovasi Movie Maker berkeupayaan menyunting video,” katanya. Selain itu, Choi berkata buat pertama kali model LG memperkenalkan ‘sensor’ khas untuk permainan bagi model KF750 membolehkan pengguna bermain dengan hanya menggerakkan telefon bimbit tanpa perlu menekan sebarang butang. “Contohnya permainan memancing yang memerlukan pengguna menggerakkan telefon bimbit ke depan untuk membaling tali joran ke air serta menariknya ke belakang apabila ikan berjaya ditangkap. “Kami merasakan KF750 amat elegen serta memiliki gaya hebat dan kajian menunjukkan pengguna mengaitkan produk ini sebaris dengan Brad Pitt, Catherine Zeta Jones atau Jessica Alba,” kata Choi. Sementara itu, Presiden Asia Tenggara untuk Komunikasi Mudah Alih LG, Jae Bae, memaklumkan pengguna di Asia masih menjadikan nada dering berlagu sebagai ciri yang wajib ada pada telefon bimbit. “Oleh itu, KF750 memiliki ciri hiburan unggul bagi mem bolehkan LG menepati kehendak pengguna,” katanya. Samsung pula mempertaruhkan model Omnia yang meng gunakan Windows Mobile 6.1 Professional dan perkakasan navigasi untuk memenuhi pasaran telefon bimbit pada masa ini. Sementara Nokia yang kurang menonjol di CommunicAsia sejak kebelakangan ini, menganjurkan Nokia Connections iaitu pameran dan persidangan yang tidak kurang hebatnya selama dua hari berturut-turut di sebuah hotel terkemuka di Singapura, sebelum berlangsungnya CommunicAsia. Nokia Connections 2008 menampilkan dua model baru telefon bimbit dalam siri E iaitu Nokia E71 dan E66 yang mana siri ini adalah pembangunan khusus untuk kegunaan profesional dan berkeupayaan tinggi. Kedua-dua model ini lebih canggih dan diperkaya dengan pelbagai ciri serta gaya penggunaan yang mampu memenuhi keperluan profesional untuk menseimbangkan kerja dan kehidupan. Naib Presiden, Nokia Eseries, Ilari Nurmi, berkata e-mel boleh dicapai dengan kaedah yang lebih pantas kerana capaiannya berasaskan satu butang pantas yang melengkapi reka bentuk barunya, selain pelbagai aplikasi pengguna seperti fungsi navigasi berbantukan sistem kedudukan global (GPS), muzik dan kamera 3.2 megapiksel. Menurut Ilari, daripada statistik berkaitan, terdapat ki ra-kira 1.5 bilion emel berlegar di seluruh dunia yang mana 800 juta adalah e-mel peribadi dan 700 juta e-mel pe kerjaan. Katanya, antara tiga hingga empat peratus daripadanya adalah e-mel berasaskan mudah alih. “Model baru ini juga menyokong aplikasi ‘flash’, rangkaian persendirian maya (VPN) dan skrinnya boleh diubah dari skrin berkaitan kerja dan hiburan dengan hanya menekan satu ikon mudah,” katanya lagi. Dalam pada itu, Nokia juga mempertaruhkan inovasi baru bagi memenuhi kehendak sosial pengguna yang mana pe ngenalan aplikasi Share Ovi membolehkan pengguna ber kongsi detik-detik berharga mereka menerusi rakaman gam bar yang diposkan ke Internet dengan mudah dan pantas. Share Ovi adalah rangkaian sosial mudah alih pasti menarik perhatian pengguna kerana ia adalah inovasi interaktif yang membolehkan rakan atau sesiapa saja menatap gambar yang diposkan boleh dikomen dan sebagainya. Maxis Communications Berhad sebagai penyedia perkhid matan telekomunikasi terbesar di Malaysia dengan jumlah langganan melebihi 10 juta orang turut mengambil ke sempatan dalam CommunicAsia 2008 ini apabila menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet terke muka Yahoo! Inc dalam usaha menyediakan enjin pe ngiklanan bergrafik di dalam gerbang wap Maxis. Maxis juga meneruskan kerjasama dengan Bridge Alliance bagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pe langgan Maxis yang mengembara ke luar negara. Ketua Bahagian Pembangunan Produk dan Infohiburan, Maxis, T Kugan berkata inisiatif itu adalah untuk memenuhi keperluan pengembara menerusi Program Kembara Bridge yang menawarkan faedah membeli belah secara berdiskaun dari lebih 70 rakan niaga di 11 negara Asia Pasifik. Menurut Kugan, ia bukan sekadar diskaun membeli belah, malah pihaknya sedang mengusahakan untuk memberi dis kaun panggilan selain diskaun perkhidmatan data yang sedia ada sekarang. TM adalah satu-satunya syarikat tempatan yang gah dengan ruang pameran besar untuk tatapan pengunjung ke atas pelbagai produk dan inovasi yang dipamerkan pada Com municAsia 2008. Dipetik dalam temubual dengan agensi berita CNBC, Ketua Eksekutif, Malaysia Business, TM, Datuk Zamzamzairani berkata TM kini menumpukan kepada pasaran jalur lebar dan data perniagaan yang berkembang pesat di sini. “Dalam keadaan penguncupan terhadap langganan talian telefon berwayar, kami berkembang menerusi segmen jalur lebar yang mencecah antara 18 hingga 19 peratus bagi setiap isi rumah dan 5 peratus ke atas keseluruhan populasi di negara ini. “Jalur lebar kini menjadi salah satu keperluan gaya hidup dan hampir menjadi sumber mesti ada kepada setiap orang,” katanya lagi sambil tidak menafikan adanya cabaran dan banyak perkara perlu ditangani untuk sampai ke tahap cemerlang. |