Dua pelayan Dell
DELL memperkenalkan dua sistem pelayan baru yang menggunakan pemprosesan AMD Quad-Core Opteron bagi memenuhi prasarana enterpris serta memanfaatkan sepenuhnya sistem maya bagi kedua-dua model itu.
Dua model berkenaan termasuk Dell PowerEdge R905 yang ditetapkan dengan standard baru untuk prestasi percubaan VMmark kepada 60 mesin sementara R805 memfokuskan cabaran perniagaan dalam dunia enterpris.
PowerEdge R905 dan R805 direka untuk membuat ketetapan sistem maya daripada VMWare dan Citrix Xenserver membolehkan pelanggan mengoptimumkan prasarana teknologi maklumat (IT) dan meningkatkan sumber utiliti.
Di samping itu, ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan tahap penyejukan pelayan dan mengatasi masalah kekurangan ruang untuk pelayan di pejabat.
Segmen pelayan terbabit dilihat mampu memberi tahap efisyen tinggi kepada enterpris selain menjimatkan tenaga dan memiliki prasarana yang fleksibel.
>Spesifikasi
PRODUK: Dell PowerEdge R905
HARGA: RM19,800
FAKTOR RAK: 4U
PEMPROSESAN: empat quad core/dual core AMD Opteron 8000
CACHE: 4 x 512k L2 dan 2MB L3
SET CIP: Broadcom HT-2100 HT-1100
MEMORI: sehingga 256GB
SLOT I/O: 7 x PCIe
SISTEM OPERASI: Microosft Windows Server 2008, Red Hat Linux Enterprise 5, Novell Netware, Novell SUSE Linux 10
>Spesifikasi
PRODUK: Dell PowerEdge R805
HARGA: RM13,200
FAKTOR RAK: 2U
PEMPROSESAN: dua quad core/dual core AMD Opteron 2300, 2200
CACHE: 4 x 512k L2 dan 2MB L3
SET CIP: NVidia MCP55Pro 10-55
MEMORI: sehingga 128GB
SLOT I/O: empat PCI Express
SISTEM OPERASI: Microosft Windows Server 2008, Red Hat Linux Enterprises, Novell SUSE Linux 10
|