myMetro

Pemanduan lebih lancar




AKSESORI telefon bimbit kini sudah dikembangkan secara meluas oleh pengeluar termasuk Nokia apabila mereka memperkenalkan set kit kereta berpemapar CK-600.

Ia bukan sekadar sebagai alat perbualan bebas tangan, malah menyeluruh hingga fungsi hiburan muzik dan buku alamat yang dicapai terus dari telefon bimbit menggunakan sistem penyambungan Bluetooth.

Alat pemapar berwarna dengan skrin LCD sebesar 2.2 inci memudahkan kawalan keseluruhan sama ada untuk komunikasi atau hiburan.

Ia dipermudahkan lagi dengan alat kawalan jauh dilengkapi pad kekunci berlampu. Memang berguna ketika memandu pada waktu malam.

Dikatakan memiliki bunyi bermutu tinggi apabila ia mengadaptasi teknologi Pemprosesan Isyarat Digital (DSP) yang terbina di dalamnya.

DSP (http://www.dsptutor.freeuk.com/intro.htm) ialah proses isyarat di dalam kejuruteraan elektrik yang mungkin membabitkan talian telefon berwayar, tanpa wayar atau gelombang radio.



>Spesifikasi

PRODUK: Nokia Display Car Kit CK-600

HARGA: RM106

TEKNOLOGI BUNYI: DSP

SKRIN: LCD TFT 2.2 inci (220 x 176 piksel)

PENYAMBUNGAN: Bluetooth 2.0

SOKONGAN ANTARAMUKA: Bluetooth 2.0 dengan HFP v1.5, PBAP v1.0, A2DP v1.0 dan AVRCP v1.0

PENYAMBUNGAN KERETA: Bateri kereta, IGNS, penguat suara, penyenyap suara, penyambung standard music-out

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad