» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Maxis penyedia perkhidmatan terbaik






PENERAJU rangkaian telekomunikasi mudah alih negara, Maxis Communications Berhad (Maxis) menerima anugerah Pengendali Rangkaian Mudah Alih Terbaik Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Tahunan Asian Mobile News 2008, berlangsung di Singapura, minggu lalu.

Penganugerahan itu membuktikan keterajuan Maxis dalam industri, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai pe nyedia perkhidmatan mudah alih terbaik di Malaysia.


Pada 2007, Maxis menerima anugerah yang sama bersama dengan dua lagi anugerah iaitu Penyedia Rangkaian Mudah Alih Terbaik Asia dan Ketua Eksekutif Terbaik.

Ketua Pegawai Operasinya, Jon Eddy Abdulah, berkata Maxis menerima banyak anugerah kecemerlangan sama ada dari dalam atau luar negara, dan itu menunjukkan Maxis berada di tahap terbaik menyediakan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan setianya.

“Terdapat banyak sebab lain mengapa Maxis menerima penganugerahan ini. Pelanggan adalah antara faktor utama yang mendorong kami untuk memenuhi pelbagai harapan tinggi mereka, sekali gus menjadi motivasi utuh untuk kami terus melangkah dalam mencipta inovasi, perkhidmatan cemerlang dan kreativiti,” katanya selepas dalam sesi te mubual selepas menerima anugerah di Singapura, minggu lalu.

Maxis menutup tirai 2007 sebagai peneraju menerusi pe nguasaan 41.7 peratus pasaran daripada keseluruhan lang ganan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih di Ma laysia.

Menurut Jon Eddy, langganan baru bagi 2007 saja melebihi 1.6 juta iaitu 43 peratus dari keseluruhan langganan per khidmatan mudah baru di seluruh negara.

“Maxis juga satu-satunya penyedia perkhidmatan yang mengalami peningkatan ke atas penguasaan pasaran di kedua-dua segmen prabayar dan pasca bayar. Prestasi meng galakkan itu berpunca dari tarif yang dipermudahkan, rang kaian dan perkhidmatan pelanggan berkualiti, serta produk dan perkhidmatan inovatif,” katanya lagi.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker