» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Sediakan Wimax atau lesen ditarik

Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my



EMPAT pemegang lesen Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Mikrogelombang (WiMAX) diberi amaran keras sama ada menyediakan perkhidmatan itu kepada pengguna yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini atau memberi surat tunjuk sebab kepada Kementerian Tenaga, Air dan Ko munikasi.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor memaklumkan kepada it@Metro, setakat ini empat syarikat terbabit me nyatakan mereka dalam proses menyiapkan perkhidmatan itu dan berjanji ia akan diselesaikan menjelang Disember ini.


“Mereka (syarikat yang mendapat lesen Wimax) memberi penerangan kepada saya bahawa semuanya berjalan seperti dirancang walaupun terdapat sedikit kelewatan namun pihak kementerian akan memantau prestasi mereka,” kata Sha ziman.

Menurut Shaziman, sekiranya empat syarikat ini gagal menyediakan perkhidmatan itu kepada pengguna selewat-le watnya akhir tahun ini, kementerian akan bertindak demi kepentingan rakyat.

“Jika mereka tidak mampu menyediakan perkhidmatan Wimax, kita (kementerian) akan mengeluarkan surat me minta menyatakan sebab mengapa lesen mereka tidak boleh ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata, terdapat sedikit masalah di peringkat per mulaan kerana Wimax sepatutnya dimulakan Mei lalu tapi ia ditangguhkan memandangkan sijil pengiktirafan perkaka sannya masih tidak diluluskan di peringkat antarabangsa melalui Forum Wimax.

Setakat ini hanya Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat Green Packet Bhd membuat pengumuman mengenai rangkaian produk Wimax mereka yang dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Empat syarikat, Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, Asiaspace Dotcom Berhad dan Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd berjaya merebut lesen WiMax dengan Redtone-CNX diberikan lesen beroperasi di Sabah dan Sarawak manakala Bizsurf, sebuah unit YTL e-Solutions dan MIB Comm adalah milik

Green Packet Bhd.

Tahun lalu, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ketika berlangsungnya perhimpunan radio komunikasi di Geneva menerima standard WiMAX sebagai sebahagian daripada keluarga teknologi IMT- 2000, yang mana

ia menjadi standard keempat diterima selepas GSM, CDMA dan UMTS.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker