EeePC baru lebih mantap 
SEKALI lagi pelopor peranti komputer peribadi ultra mudah alih (UMPC), Asus menampilkan generasi kedua EeePC menerusi model 901, 1000 dan 1000(H) yang dikatakan lebih bertenaga dan tahan lasak.
Dikuasai oleh cip pemproses Atom iaitu keluaran terbaru dan terkecil daripada Intel untuk memastikan operasi PC yang lebih mantap, proses 'booting' lebih pantas, tidak panas, menjimatkan tenaga dan mengamalkan penghasilan produk yang mesra alam sekitar (green).
Bersama dengan Enjin Hibrid Super eksklusif ASUS, ia membolehkan pengguna menikmati tempoh penggunaan sehingga 7.8 jam, selain memberikan prestasi gaya guna yang mantap serta mod tenaga untuk mudah diselaraskan mengikut keperluan.
Menurut Pakar Saluran, AsusTek Computer Malaysia, Chonghong Leong, antara keunikan EeePC baru itu ialah daya tahan hentakan untuk membuktikan ianya lebih tahan lasak kerana menggunakan sistem storan cakera solid state (SSD).
"Kami bangga dapat menggunakan Intel Atom kerana kuasanya serta beberapa ciri lain yang boleh membantu menjana pasaran termasuk skrin yang lebih besar - 8.9 inci bagi EeePC 901 dan 10 inci bagi EeePC 1000, 95 peratus daripada saiz papan kekunci standard untuk memberikan keselesaan menaip dan alunan lagu yang mengasyikkan daripada dua pembesar suara dan bantuan sistem bunyi Dolby," katanya.
>Spesifikasi
PRODUK: Asus EeePC 901
HARGA: RM1,699
CIP PEMPROSES: Intel Atom
SKRIN: 8.9 inci
SISTEM OPERASI: Windows XP Home/GNU Linux
STORAN SSD: 12GB (Windows), 20GB (Linux)
MEMORI: DDR2 1GB
KAMERA WEB: 1.3MP
PENYAMBUNGAN: WLAN 802.11n, Bluetooth
BATERI: 6 sel (4.2 hingga 7.8 jam)
BERAT: 1.1kg
>Spesifikasi
PRODUK: Asus EeePC 1000
HARGA: RM1,999
CIP PEMPROSES: Intel Atom
SKRIN: 10 inci
SISTEM OPERASI: GNU Linux
STORAN SSD: 40GB
MEMORI: DDR2 sehingga 2GB
KAMERA WEB: 1.3MP
PENYAMBUNGAN: WLAN 802.11n, Bluetooth
BATERI: 6 sel (4.2 hingga 7.5 jam)
BERAT: 1.33kg
|