» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Jalur lebar DiGi akhir tahun ini

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my



DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dijangka mem perkenalkan perkhidmatan jalur lebarnya kepada pengguna di negara ini pada suku keempat tahun ini atau pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Komersial DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), Tom Schnitker, berkata pihaknya berharap ia dapat menemui pengguna dalam tempoh terbabit bagi mem beri kemudahan tambah nilai kepada mereka.


Bagaimanapun beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan lanjut berkaitan dengannya.

Dalam perkembangan lain, DiGi turut mendedahkan peng guna yang memiliki perkhidmatan pascabayar di negara ini lebih rendah berbanding pengguna prabayar namun aliran itu dijangka akan berubah sedikit masa lagi apabila banyak segmen pelan mula diperkenalkan.

Tom berkata, peratusan pengguna yang memiliki pelan pascabayar dianggarkan hanya 40 peratus berbanding n peratusan pengguna prabayar iaitu 60 peratus.

“Kalau kita lihat situasi di luar negara, ia berbeza kerana peratusan itu terbalik seperti di Singapura atau Australia namun apabila kami membina pelan yang mengikut ke perluan pengguna, ia pasti berubah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pascabayar, Pemasaran Pengguna DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, berkata peluang peng guna untuk menukar pelan mereka daripada prabayar ke pascabayar masih perlahan namun menunggu masa sesuai serta pelan terbaik.

“Kebiasaannya, pengguna pelan pascabayar ini adalah in dividu yang setia kepada syarikat telekomunikasi terbabit, oleh itu kami harus menyediakan pelan terbaik untuk pelbagai peringkat kegunaan,” katanya.

DiGi memperkenalkan tiga pelan pascabayar baru iaitu DG20, DG50, DG150 dan DG250 yang memiliki kelebihan tersendiri untuk dipilih pelanggan.

Pelan DG20 menawarkan yuran terendah dalam industri iaitu RM20 sementara DG50 dan DG150 pula menawarkan pakej panggilan percuma untuk DiGi ke DiGi manakala DG250 sesuai untuk perkongsian perniagaan bijak.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker