» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro Maklumat lengkap perniagaan maju

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my


BEBERAPA isu sering menjadi tumpuan enterpris dalam mengharungi perniagaan mereka dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencabar menye babkan naik turun bisnes banyak bergantung kepada ke upayaan menyelenggara perisian industri tertentu.

BEBERAPA isu sering menjadi tumpuan enterpris dalam mengharungi perniagaan mereka dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencabar menye babkan naik turun bisnes banyak bergantung kepada ke upayaan menyelenggara perisian industri tertentu.

Perniagaan dalam industri kini memerlukan aplikasi ICT yang mampu membina keutuhan dalam membangunkan data serta mengumpulkannya agar dapat disepadukan.


Ketika melalui proses itu, syarikat sering berhadapan pel bagai isu rumit membabitkan pelaksanaan aplikasi yang bersesuaian dengan kehendak organisasi.

Satu entiti yang bertanggungjawab mengurangkan masalah dihadapi pengurus syarikat ialah Oracle Corporation (Oracle) menyalurkan kepakaran berbentuk perisian mengumpul data secara kolektif dan terperinci sejak tiga dekad lalu sehingga memiliki 275,000 pelanggan seluruh dunia.

Naib Presiden, Unit Teknologi Perniagaannya untuk ASE AN, Allan Toner, berkata syarikatnya bertanggungjawab menyediakan pusat data, prasarana teknologi dan aplikasi yang terperinci kepada pelanggan mereka.

“Setiap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu memikirkan banyak perkara termasuk pengumpulan data yang dilihat amat penting dalam industri,” katanya.

Menurut Toner, cabaran inovasi terkini seperti perubahan maklumat memerlukan penelitian yang mantap sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita menjangkakan syarikat terpaksa menanggung banyak data yang memerlukan akses masa nyata untuk digabungkan menjadi maklumat berguna demi kepentingan syarikat,” katanya.

Toner memberi contoh syarikat telekomunikasi di Malaysia yang kompetitif memerlukan kekerapan evolusi atau ber hadapan risiko tidak mampu bersaing memenuhi kehendak pelanggan.

“Bukan itu saja, jika dilihat konteks Malaysia, saya men cadangkan sektor perkilangan dan kerajaan mengambil lang kah perlu dalam hal ini,” kata Toner.

Tambahnya, isu peningkatan tahap keselamatan dan pe ngurusan tersusun perlu diutamakan apabila banyak per ubahan maklumat berlaku.

Sementara itu, Naib Presiden Pengurusan Prestasi Enterpris dan Perniagaan Pintarnya, Sebastien Marotte, memperka takan sistem yang membantu dalam menjangka masa depan melalui sistem pengurusan prestasi enterpris.

“Sistem terbabit mengumpul data, membina laporan serta mengkaji potensi bisnes untuk berkembang pada masa depan seperti idea kempen pemasaran yang menggabungkan mak lumat dari pelbagai bahagian dalam syarikat,” katanya.

Katanya, aliran terkini pasaran menunjukkan lima proses data yang perlu diberi perhatian merangkumi kawalan, analisis kandungan, kesedaran proses, anggaran analisis dan fokus tertentu dalam perniagaan.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan, Arkitektur Teknologinya, Chris Chelliah, berkata Oracle membantu pelanggan mereka menggunakan teknologi sebaik mungkin untuk merubah corak perniagaan kepada lebih berkeyakinan terutama ber kaitan pengumpulan data.

“Contohnya sektor perbankan yang perlu mengetahui pe langgan mereka sebagai lubuk emas perlu mengkaji tabiat perbelanjaan pelanggan.

“Pihak bank akan mengetahui aliran perbelanjaan pe langgan, operasi kad kredit mereka, perbelanjaan di pusat membeli-belah atau pembelian tiket penerbangan,” jelas Chelliah.

Beliau menganggap, sekiranya pihak bank berbuat de mikian, mereka mampu memberi tawaran terbaik kepada pelanggan dengan ciri yang menepati keperluan berdasarkan data yang ada.

“Secara tidak langsung, pengguna juga mendapat manfaat apabila pihak bank hanya menawarkan sesuatu yang berguna kepada mereka dan tidak lagi mengganggu dengan pelbagai kempen pemasaran tidak selari,” tambah Chelliah.

Oracle memiliki perisian enterpris secara menyeluruh ke rana keupayaan syarikat itu memahami keperluan industri serta mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Perisian yang lengkap terbabit merangkumi Pengurus En terpris Oracle, Aplikasi Oracle, Perkakasan, Sumber Data dan Linux Enterpris.

Keupayaan dalam menyepadukan pengurusan secara ter perinci membolehkan Oracle menawarkan pengurusan en terpris, menyelia aplikasi, membangunkan perkakasan dan menjana sistem operasi yang diperlukan sesebuah orga nisasi.

Pengarah Kanan, Linux dan Sumber Terbuka Oracle Asia Pasifik, Shane Owenby, berkata kelebihan yang dimiliki Oracle termasuk kebolehan menyediakan komponen stan dard menepati kehendak industri serta memiliki konfigurasi diiktiraf industri di dunia.

“Kami mampu menawar pelbagai keperluan dalam senario perniagaan yang besar kerana kami percaya penyelidikan serta pemahaman industri membolehkan data digabung untuk memperkasakan bisnes,” katanya.

Menurut Owenby, pelanggan tidak lagi berasa gusar ketika menetapkan aplikasi Oracle memandangkan ia sentiasa di perkemas bagi memudahkan mereka ditambah dengan ke kuatan keselamatan jitu yang tidak perlu diragui keber kesanannya.

Katanya, pelanggan dapat menjimatkan kos pemilikan apa bila Oracle memiliki ketetapan secara sumber terbuka dengan komponen menyeluruh.

“Oracle dan ekosistem sumber terbuka dijangka meningkat memandangkan pelanggan kami menggunakan produk yang disepadukan dengan teknologi serta produk sumber terbuka,” kata Owenby.

Beliau menegaskan ekosistem antara sumber terbuka, sum ber tertutup dan standard terbuka sentiasa mendapat per hatian memandangkan pelanggan mengharapkan ketiga-tiga sistem itu tidak mengganggu operasi syarikat.

“Kami mengadaptasi, menyepadu, membangunkan dan mengedar teknologi perkhidmatan sumber terbuka dengan mengambil kira nilai yang dikehendaki pelanggan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, syarikat seperti Oracle sentiasa mementingkan komuniti apabila membicarakan persoalan sumber terbuka tanpa bergantung kepada standard syarikat itu sendiri yang dilihat amat penting dalam pembangunan sumber terbuka.

Syarikat terbabit akan terus menyokong komuniti sumber terbuka walaupun Microsoft kini membuka format data mereka melalui Organisasi Standard Antarabangsa (ISO).

Melaluinya, format data berasaskan Microsoft kini dalam bentuk Open XML juga standard global selepas dibenar menjadi platform standard ISO/IEC antarabangsa.

Open XML adalah format standard menggantikan format lama berasaskan sistem binari digunakan Microsoft untuk aplikasi Office mereka seperti Word, PowerPoint dan Excel.

Ia bermakna, apabila pengguna mengaplikasikan format lama, mereka mampu membuka kod dokumen dengan hanya menggunakan Microsoft Office namun Open XML menukar kaedah ini yang membolehkan ia dimanupilasi sokongan aplikasi lain atau format baru.

Oracle turut menjadi sebahagian daripada Pakatan Format Dokumen Terbuka (ODF) yang dikatakan bertentangan dengan format Open XML.

Namun Owenby memaklumkan format fail tidak meng ganggu perniagaan Oracle dengan menganggap Oracle sen tiasa menggalakkan sumber terbuka dan standard terbuka sejak ia dilancarkan buat pertama kali untuk Linux pada 1998.

Oracle menyediakan banyak projek berkaitan sumber ter buka dengan Eclipse menjadi salah satu sistem terbaru di pasaran.

Owenby berkata, Oracle memiliki strategi dalam menge tengahkan sumber terbuka seperti mempromosi serta me nyokong projek berkaitannya yang popular seperti Linux, Apache Software Foundation dan Eclipse Foundation.

Selain itu, syarikat itu juga sentiasa menyokong pengalaman pelanggan dengan memajukannya secara berterusan dan membangunkan inovasi yang menguntungkan.

Malah, ia juga memperluaskan komuniti pembangun te rutama komitmen dalam sumber terbuka serta menyokong penggunaan perkakasan berasaskan standard terbabit.

Tidak dinafikan, Oracle melaburkan dana yang banyak dalam membangun, menguji, mengoptimum dan menyo kong teknologi sumber terbuka.

Ia menawarkan sokongan enterpris untuk Linux melalui program Oracle Unbreakable Linux yang dilihat mampu memantapkan operasi sesebuah syarikat.

Walaupun keperluan bisnes dan ICT menjadi semakin rapat, keperluan mengumpul data secara kolektif amat penting terutama untuk memperkasakan perniagaan.

Seterusnya, ia mampu memberi faedah dan pihak peng gunalah yang mendapat manfaat apabila keperluan mereka kini dapat dinilai dengan sempurna melalui perkhidmatan seperti ditawar Oracle kepada industri.

Akses data, keperluan pengguna atau penggabungan mak lumat dapat diseragam bagi memberi manfaat dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker