» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » it@Metro

itMetro KWN dedah pelajar dunia penyiaran






BAKAT dimiliki pelajar dalam teknologi penyiaran perlu diasah bermula di bangku sekolah bagi memupuk semangat ingin tahu seterusnya mendidik mereka memahami persekitaran melalui bidang itu.

Menyedari kebolehan dan keupayaan pelajar terbabit, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) melalui salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menganjurkan kem penyiaran yang dihadiri pelajar dari 47 sekolah seluruh negara.


Program Kids Witness News' (KWN) menghimpunkan 112 pelajar berkampung selama empat hari di sebuah hotel terkemuka untuk menghadiri seminar, kelas dan latihan praktikal dalam mencungkil bakat mereka melalui pembikinan klip video.

Ketua Komunikasi Korporat dan Jenama Panasonic Malaysia, Azizah Wahid, berkata program itu dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang perfileman di kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Bukan itu saja, pelajar dari pelbagai negeri akan digabungkan dalam satu pasukan sepanjang program ini berlangsung bagi meningkatkan semangat kerjasama antara mereka,” katanya.

Azizah berkata, peserta berumur 10 hingga 15 tahun ini akan menghasilkan klip video selepas tamat program itu sebelum menghantarnya kepada Panasonic untuk diadili.

“Program KWN pada disertai 112 pelajar yang membentuk 56 pasukan dari 47 sekolah seluruh negara itu memberi latihan khas dalam teknik perfileman dikendalikan wakil daripada Panasonic Malaysia, pakar perfileman, muzik, media dan syarikat produksi,” katanya.

Antara pendedahan yang diberikan ialah teknik asas menyediakan kerangka cerita, skrip, mengendalikan kamera, adunan suara dan penyuntingan video.

Panasonic Malaysia menyediakan peralatan teknologi video terkini bagi pembikinan klip video pelajar.

Program Pendidikan Video KWN bermula pada 1988 di Amerika Syarikat dan diperkenalkan di Malaysia pada 1995 dengan 97 sekolah membabitkan lebih 500 pelajar mengambil bahagian.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker