Nokia 5320 ada kawalan suara
Oleh Husain Jahit
husain@hmetro.com.my
NOKIA Malaysia menampilkan telefon bimbit muzik terkini, Nokia 5320 XpressMusic yang bercirikan reka bentuk dinamik dengan keupayaan hiburan sosial 3G bagi menyediakan alunan muzik tersendiri dan capaian web 2.0.
Memiliki ciri unik kawalan bersuara (Say and Play) untuk memudahkan pengguna dengan hanya menyebut nama penyanyi atau tajuk lagu, lagu akan dimainkan secara automatik.
Nokia 5320 yang mempunyai dua warna hitam/merah dan hitam/biru itu turut dilengkapi kekunci khusus XpressMusic untuk capaian pantas ke fungsi muzik, begitu juga jek audio 3.5mm, jangka hayat bateri lebih panjang untuk menyediakan sehingga 24 jam mainan semula dan cip audio untuk bunyi berkualiti Hi-Fi.
Dalam pada itu ia dilengkapi sistem storan sehingga 8 Gigabait, dan HS-USB untuk mempercepatkan proses memindahkan lagu serta sokongannya ke rangkaian Capaian Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA) bagi capaian pantas kepada data.
Bagi memeriahkan gaya guna telefon bimbit ini, ia bercirikan pelayar Internet penuh, capaian ke aplikasi Ovi dan Nokia Search 4.1 untuk membenarkan pengguna mencari dan berkongsi kandungan media atau maklumat.
Terdapat juga kekunci khas untuk N-Gage dan paparan melintang untuk penyediaan pengalaman permainan game yang terunggul.
>Spesifikasi
PRODUK: Nokia 5320 XpressMusic
HARGA: RM1,085
RANGKAIAN: WCDMA/HSPA 850/900/2100 MHz, EGSM 850/900/1800/1900Mhz
ANTARAMUKA PENGGUNA: S60
SKRIN: QVGA 2.0 inci
KAMERA: 2MP, zum 4x
MEMORI: 140MB (dalaman), kad microSD
BATERI: Ion litium Nokia Battery BL-5B, 890mAh
PENYAMBUNGAN: MicroUSB, Bluetooth 2.0 dengan A2DP
DIMENSI: 108 x 46 x 15mm
BERAT: 90gm
|
|